TEGAKKAN KHILAFAH

Isnin, 28 Disember 2009

Lakukan Perubahan Pada Pilihan Raya Ke-13

Sudah sebulan rasanya jari ini tidak menyentuh butang huruf pada keyboard komputer, memandangkan kesibukan sebagai seorang pelajar menuntut lebih banyak masa dibazirkan pada buku bukan pada selainnya yang bersifat sampingan, namun usaha dan keingingan demi melihat suatu landskap baru perubahan dalam politik Malaysia semakin kuat dan tidak semudah itu untuk aku berhenti dari bersuara mencoretkan buah fikiranku.

dan selama tempoh itu pelbagai isu mulai timbul diketika aku menonton berita dikaca TV termasuklah buletin utama, berita TV9, News @7, Berita RTM, dan banyak lagi yang memaparkan berita bukan sahaja seakan boleh disebut penualan maruah keselamatan negara malahan sehinggalah kepada akhlak manusia yang sudah melampaui tahap kebinatangan.

Pertama: Tahniah kepada Pakatan Rakyat yang berjaya menganjurkan Konvensyen Pertama mereka di Dewan MBSA Shah Alam yang menunjukkan kejituan kesepakatan dan semangat integriti yang kuat demi melakukan perubahan mendadak dalam siasah Malaysia. Pada masa sama menggentarkan UMNO-BN yang sebelum begitu hebat mencanangkan bahawa kesepakatan parti PAS, keADILan Rakyat dan DAP hanya retorik kosong dan bakal tersungkur menyembah bumi bila tiba masanya.

Kedua: sepanjang tempoh sebulan itu juga berita tentang akhlak anak yang boleh dianggap begitu derhaka malahan golongan tersebut sememangnya tidak layak untuk dianggap anak. Sudahlah menghantar ibu kerumah penjagaan orang tua sehingga tidak datang menjenguk malahan juga kebiadaban mereka semakin bertambah disaat pengebumian arwah ibu mereka sehingga mereka sanggup membelakangkan adat dan agama dengan bergaduh ditanah perkuburan ibu mereka yang masih merah semata untuk merebut harta arwah.

ketiga: kebejatan akhlak kalangan manusiawi semakin terhakis sehingga tergamak untuk melangkaui sikap kebinatangan dengan mendera, membuang anak mahupun janin yang tidak berdosa. anak-anak yang baru lahir dibuang tanpa belas kasihan sedangkan anak tersebut dilahirkan dalam keadaan fitrah namun belum sempat mengenal dunia mereka telah disepak terajang dibunuh tanpa alasan munasabah. Dalam sebuah rancangan di kaca TV minggu lepas, seorang tetamu yang diundang dari sebuah rumah perlindungan ketika mana beliau diajukan persoalan oleh moderator lantas dia menjawab pada awalnya beliau memang mempunyai niat untuk menggugurkan kandungannya. Inilah yang dikatakan jahiliah modern tidak tahu menilai sifat haiwan dan manusia mana lebih mulia.

keempat: dari huraian points ketiga tadi saya mahu kalian menilai keadaan ini: dalam sebuah rancangan dikaca tv juga rancangan dokumentari cukup sekadar aku ambil contoh haiwan yang digelar tasmania begitu sayang dan kasihkan anaknya apatah lagi buaya haiwan yang begitu ganas itupun tidak sanggup untuk membunuh anaknya, cukup dari contoh dua haiwan tadi menggambarkan kepada kita siapa meniru sifat siapa dan sifat siapa lebih mulia manusia atau haiwan dalam hal kasih sayang kepada anak mereka?

kelima: menggemparkan negara itulah yang boleh dicakapkan apabila berita kehilangan enjin jet pejuang yang sudah berlaku sejak 2007 sehingga sekarang baru dimulakan siasatan? dimana SPRM yang begitu hebat tatkala menerima laporan tentang pembangkang tetapi sambil lewa dalam menyiasat dalam disebalik kejadian menggemparkan ini. RM50 juta itulah harga sebuah enjin jet pejuang yang dikatakan hilang tersebut. 2007 siapa menteri pertahanan dan siapa perdana menteri? saya mohon mereka yang bekerja di Kementerian Pertahanan pada ketika enjin jet itu hilang menyalurkan maklumat tanpa gentar.....

keenam: Isu PKFZ yang masih belum berkesudahan sekalipun beberapa anak bilis sudah dihadapkan kepengadilan namun rakyat masih menunggu Jerung Besar yan

Sabtu, 19 Disember 2009

Tahun Baru Hijrah Pemangkin Perubahan Islam

Alhamdulillah tanggal 18 hb 12 2009 umat Islam sekali lagi dapat dipertemukan dengan tahun baru dalam kalendar Islam iaitu 1 Muharam tahun 1431 Hijrah tahun yang penuh sinonim dengan sirah hijratunnabi Muhammad s.a.w dari Makkah ke Madinah. Muharram juga yang turut dikenali sebagai salah satu daripada bulan-bulan Islam yang juga bulan berkat disisi Allah s.w.t yang didalamnya terkandung pelbagai hikmah yang tersirat menuntut pemahaman umat Islam amnya serta pendokong gerakan Islam untuk menghayati sepenuhnya intipati himah bulan Muharram bulan Hijrah.

Justeru sinonim juga tatkala muncul tahun baru memang menjadi amalan dan sikap manusiawi sama ada ianya umat Islam atau non muslim perkara yang dianggap mungkin hendak dikatakan adat pun tidak juga malahan lebih kepada kebiasaan iaitulah yang azam. Namun dalam ajaran Islam islam lebih menggalakkan umatnya untuk memasang niat sebagaimana hadis Nabi....

"Segala amal tergantung pada niatnya dan bagi setiap orang adalah apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya (benar-benar) kepada Allah dan Rasul-Nya dan barangsiapa hijrahnya karena dunia yang ingin diraihnya atau perempuan yang akan dinikahinya, maka (nilai) hijrahnya tergantung kepada sesuatu yang ia berhijrah kepadanya" (Al-Bukhari menyebutkan secara ringkas no.1 dan lihat ujungnya di sana. Dikeluarkan oleh Muslim 1907, Abu Daud 2201, at Tirmidzi 1647, an-Nasa'i 1/58-60, 6/158 dan Ibnu Majah 4227)

maka, dalam konteks siayah di Malaysia sekarang tuntutan dakwah Islam masih lagi menerima cengkaman dan tribulasi dari pihak yang takut dengan ayat-ayat Allah yang segalanya merupakan kebenaran berhubung hak, keadilan, kontrak sosial, perniagaan, halal haram termasuk muamalah sesama umat. Usaha dakwah yang dipelopori bukan sahaja oleh ulama' namun ianya termasuklah oleh cendekiawan Islam ilmuan Islam hatta sehinggalah kepada golongan artis yang telah sekian lama terjun kelembah dunia namun akhirnya sedar dari lamunan duniawi untuk kembali bersama dijalan Allah dan membawa sinar dakwah Muhammad s.a.w. Lalu jika dilihat dalam konteks di Malaysia berapa artis yang telah berhijrah dari dunia glamor mereka antaranya:

a. Amy Seacrh : Antara kenyataannya yang dapat saya petik ketika menjadi tetamu Wanita
Hari Ini dimana beliau menyatakan bahawa kehidupan ini merupakan suatu
pencarian dan beliau telah menemui benda yang dicari itu, dan hidup ini harus
lah tidak dapat lari dari sentiasa memikirkan tentang dia (ALLAH).
b. Ustaz Rodzi : Bekas Penyanyi kumpulan rock era 60-an yang tekenal dengan lagu hitsnya
"cinta untuk nabila" kumpulan Malisa juga jauh penghijrahannya kedalam
jalan Allah : Apa katanya "bukan semua penyanyi itu jahat atau tidak baik
kalau mereka tetap melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan
Allah sekalipun masih menyanyi maka mereka adalah baik
c. Ustaz Akhil Hayy : bekas penyanyi kumpulan De Ri'yadh ini juga telah mendahului sahabat
dari kumpulan rock yang lain berhijrah menyampaikan ayat-ayat Allah
dan ajaran sunnah Nabi Muhammad s.a.w
d. Jiggo : Vokalis kumpulan Arrows juga telah berhijrah menjadi pengikut sebuah gerakan Islam

Sekadar menyebut beberapa nama artis di atas yang sememang kita tidak menafikan mereka punya pengikut yang tersendiri bukan menafikan artis lain yang turut berhijrah sama ada wanita mahupun lelaki kerana hijrah seseorang itu pelbagai.

Dakwah

Juateru apabila kita membicarakan berkaitan dakwah di Malaysia alhamdulillah walaupun Ulama di Malaysia boleh dikatakan belum bebas sepenuhnya untuk menjalankan kegiatan dakwah mereka kerana terikat dengan pelbagai enekman mahupun akta sama ada diperingkat negeri mahupun pusat namun dalam negeri-negeri ditadbir Pakatan Rakyat alhamdulillah dakwah dan tazkirah mampu digerakkan di setiap masjid mahupun surau. Peranan yang dimainkan amatlah baik program disetiap masjid digerakkan semaksimum mungkin sebagai contoh di Selangor diwujudkan sambutan bulan Jihad amatlah bersesuaian dengan Tahun Baru Hijrah ini yang menuntut setiap rakyat bukan sahaja Muslim malahan juga kepada non muslim untuk berhijrah membuat perubahan dalam politik tanah air.

Pendapat Dr Yusof al-Qradhawi seharusnya diberikan perhatian utama dalam program muhadharah perdana sempena sambutan Ma'al Hirah di PICC Putrajaya menyatakan bahawa intrumen dakwah seharusnya digunakan sepenuh mungkin untuk menyebarkan dakwah antara instrumen tersebut ialah Internet, Blog, dan sebagainya menstilah digunakan sebaik mungkin untuk menyebarkan dakwah kepada seluruh manusia bukan sahaja kepada umat Islam malahan juga kepada bukan Islam agar mereka dapat mengenali dan menghayati akan keindahan Islam itu sendiri.

Betapa segala kepincangan dalam pentadbiran kerajaan sejarang menuntut rakyat melakukan perubahan agar segala kebobrokan yang dimainkan oleh pihak-pihak ini terutama dalam soal kezaliman, keadilan, kronisma dan nepotisme, hinaan terhadap syariat Islam dan semangat perkauman yang amat kuat dimainkan pihak-pihak terlibat seharusnay dihentikan terus sebelum keadaam menjadi parah. saya juag berpendirian bahawa setiap agama juga mempunyi pandangan yang sama untuk menolak segala unsur jahat dan menerima kebaikan dalam kehidupan pengikutnya.

oleh itu setiap kita adalah bertanggungjawab untuk mengubah dasar ini dengan pelbagai cara yang difikirkan sesuai dan salah satu caranya ialah melalui kuasa undi, walaupun ianya merupakan jalan yang dianggap tidak selari dengan ajaran Islam namun Islam itu indah dan para ulamak juga punya pandangan tersendiri dalam mengharuskan kewujudan parti politik dan pengundian ini. Jadi sekiranya dengan cara ini Islam mampu dibangkitkan semula sebagaimana asal, hukum Islam mampu ditegakkan semula sebagaiman asal, keadilan saksama mampu ditegakkan, hubungan baik sesama kaum mampu direalisasikan, hak rakyat dapat diangkat dan suara rakyat yang tertindas dapat dijulang, maka perubahan melalui kuasa undi menjadi satu keharusan. kerana setiap undi yang kita berikan tersebut kita akan disoal di yaumul mahsyar kelak...

Sekian
Iskandar Shah
Hijrah Satu Perubahan
Suara Agung Mahasiswa (KUIS)
20/12/2009-1431 Hijrah

Selasa, 15 Disember 2009

SYABAB MELAYU ATAU ISLAM

Semalam aku lepak di sebuah restoran di Sri Putra bangi Selangor, mungkin catatan ku ini sebahagian antara berjuta sikap melibatkan anak remaja melayu Islam. apakah ini generasi yang akan kita tinggalkan atau wariskan negara ini kepada mereka?

1-Pergaulan dikalangan anak remaja sekarang semakin menjadi-jadi teruknya, tanpa batasan apatah lagi dalam kepedulian terhadap halal haram yang digariskan syarak.

2-Apakah golongan ini faham asal larangan dalam Islam, atau lupa atau sekadar buat-buat tidak faham.

3-Ajaran agama sudah diajar disekolah sejak sekolah rendah lagi apakah masih belum mampu untuk mendidik mereka tentang batasan halal haram pergaulan antara lelaki muhrim dan bukan muhrim..

4-Apakah dirumah suasananya begitu menjurus kepada pentarbiyahan anak-anak termasuk lah ahli keluarga kepada bi'ah atau suasana atau persekitaran Islamiah atau dirumah bi'ahnya tiada didikan Islamiah yang sempurna?

5 Hayatilah firman Allah ini "Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari bahan bakaran api neraka".....masih menafikan lagi...

6-Ingatkah kalian akan larangan Allah dari menghampiri zina " Dan jangan kamu menghampiri zina"

7-Mungkin sudah tiba masanya untuk dikaji semula oleh pihak berwajib untuk pengasingan Melayu sebagai sebuah bangsa dan Islam sebagai sebuah agama suci kerana tidak pernah selama pengutusan rasul-rasul dan Nabi-bani yang diturunkan wahyu kepada mereka termasuklah kenyataan Allah melalui firman-Nya menyatakan bahawa "MELAYU ITU ISLAM DAN ISLAM ITU MELAYU"..Sedangkan pengutusan Nabi Muhammad s.a.w itu sendiri adalah kedalam bangsa Aran dan sepatutnyalah Bangsa Arab dimuliakan Allah dan oleh Nabi sendiri tetapi Nabi sendiri tidak memuliakan bangsanya...

8-lojiknya apa?kerana kebejatan sosial dan akhlak anak Melayu yang dikatakan Islam sendiri telah memalukan Islam sebagai agama suci termasuklah menghina agama Islam dihadapan bukan Islam menyebabkan bukan Islam memandang serong kepada agama Islam.

9-Apa puncanya ? mungkinkah hiburan berlebihan yang menguasai media negara..cuab kita lihat ini, kelau betul iyakan kalau salah sila kritik saya, saya terima dengan hati terbuka :

a- Berapa banyak rancangan agama yang disiarkan di kaca televisyen dan berapa banyak pula rancangan berunsurkan hiburan?

b-berapa lama had siaran sesebuah rancangan agama di siarkan dikaca televisyen dan berapa lama pula had masa yang diberikan untuk disiarkan rancangan berunsurkan hiburan?

c-Berapa banyak iklan yang disiarkan oleh media khususnya elektronik semasa rancangan agama keudara dan berapa banyak pula iklan yang disiarkan ketika rancangan berunsur hiburan keudara?

10-Kejadian rogol, khalwat(persetubuhan haram), kelahiran anak luar nikah, kes pembuangan bayi yang dilahirkan hasil persetubuhan haram, siapa nak disalahkan?masyarakat?ibu bapa? saudara mara?atau siapa? kalau diri sendiri yang tak tahu nak jaga maruah diri sehingga dirogol sepatutnya disebut Padan Muka...Harap Agama sahaja Islam tapi tak nak ikut Islam

11- Dalam Harian Mtero Hari ini Muka Depan bertajuk "Adegan Terlampau" seoarang anak gadis berusia 14 berasmara dengan lima lelaki video itu ditunjukkan melalui telefon bimbit dan dilihat oleh si bapa yang mengucap panjang(terkejut)....Subhanallah.....

Akhirnya menuntut fikrah dan gandingan bahu semua pihak terutama melayu Islam khususnya dan bukan Islam amnya untuk menilaikan kembali keberkesanan pelaksanaan Undang-undang Syarih (hudud dan qisas) dalam konteks Malaysia. Untuk kefahaman non Muslim juga Hukuman Islam tidak melibatkan non Muslim jadi saudaraku yang bukan Islam tidak perlulah khawatir atau risau seandainya hukuman Islam Hudud Dan Qisas ini dilaksanakan keraana Ianya hanya melibatkan orang Islam saja.

Jelaslah bahawa Hukum Allah lebih praktikal untuk menyelesaikan kebejatan akhlak muda mudi masa kini yang kian hanyut dengan nodaan dunia dan apa yang ditinggalkan oleh penjajah dan dijadikan amalan oleh pemerintah sekarang....

AYUH SAUDARA KU BERTINDAKLAH UNTUK BERUBAH SEBELUM KEADAAN SEMAKIN PARAH

ISKANDAR SHAH
SUARA AGUNG MAHASISWA (KUIS)
RABU : 1.36 ptg

Antara Perkauman dan Perpaduan Melalui Cara Islam

Agak lama juga saya tidak mencoretkan sisipan blog ini untuk peringatan bersama. Sejak kebelakangan ini masyarakat kita dimomokan dengan isu pengharaman kursus biro tatanegara oleh kerajaan negeri Selangor (BTN) ke atas seluruh warga Selangor termasuklah terhadap Institusi pendidikan dibawah naungan kerajaan negeri terbabit. Ini berikutan BTN yang yang dikatakan elimen kursusnya mengamalkan bidaya rasis aau perkauman dalam kursusnya. Tindakan ini diambil oleh kerajaan negeri atas dasar wujudnya aduan daripada peserta yang pernah mengikuti kursusu tersebut. bertitik tolak dari pengharaman itu kerajaan negeri bertindak menggantikan BTN terbabit dengan SPIES.

lalu timbul pelbagai perbalahan oleh pihak yang mempertahankan kursus BTN tersebut termasuklah oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Menteri DiJabatan Perdana menteri datuk Nazri Tan Sri Aziz pula mengeluarkan kenyataan supaya merombak kandungan kursus tersebut supaya bersesuaian dengan elimen 1 Malaysia lalu dibangkang oleh Tun Mahathir yang masih belum puas menjawat jawatan PM sekalipun sudah pencen dimana beliau mempertahankan elimen kandunagn kursus tersebut agar tidak dirombak. Dalam Umo sendiri menunjukkan mereka sudah tidak sehaluan semakin menunjukkan bahawa mereka sudah tidak lagi releven untuk rakyat.

Bagi mengiyakan kenyataan mereka bahawa elimen BTN ini memupuk elimen patriotisme selain menunjukkan bahawa Ketua Umum Keadilan sendiri datu seri anwr Ibrahim bersetuju dengan dasar BTN tersebut ditambah dengan Dato Hasan Ali mencerminkan lagi bahawa mereka sudah ketandusan idea disamping terdesak untuk mempertahankan sokongan terhadap UMNO yang kian ditolak rakyat. Sekiranya rakyat bersetuju dengan BTN ini barang sudah pasti mereka tidak akan mengeluarkan kenyataan bahawa wujudnya elimen racis dalam BTN ini dan kenyataan pihak-pihak yang mahu kandungan kursus ini dirombak membuktikan ada yang tidak kena dengan BTN ini. amat menghairankan mengapa UMNO BN beriya mahu mempertahankan kursus ini?

Keadaan ini seharusnya kembali kepada ajaran Islam bagaimana Islam amat menitik bertakan elimen kontrak sosial dalam aspek kemasyarakatan. Hal ini dibuktikan melalui sahifah Madinah bagaimana nabi membentuk satu perlembagaan yang amat cantik untuk dibuat kajian yang bukan sahaja menguntungkan Orang Islam bahkan juga kaum bukan Islam yang tinggal di Madinah pada ketika yang hidup aman dan bebas sekalipun diperintah oleh seorang Nabi. Ini bertitik tolak atas sikap nabi yang membuktikan keindahan Islam kepada bukan Islam, memahamkan mereka bahawa Islam sama sekali tidak akan memusushi bukan Islam yang berada dibawah tampuk pemerintahan Islam sekiranya mereka berjanji untuk tidak menumpahkan darah dengan orang Islam. lalu jaminan keamanan dan kesejahteraan hidup mereka akan dijamin maka orang Islam tidak ada hak untuk membangkit perkauman terhadap bukan Islam.

Dalam kontek pengamalan Sahifah Madinah di Malaysia ini hanya boleh dilihat di Kelantan bagaimana kepimpinan MB Tok Guru Nik Aziz amat menitik beratkan perpeduan kaum berdasarkan ajaran Rasulullah s.a.w. Amat cantik untuk dilihat bagaimana India Cina Melayu dapat beribadat dalam keadaan tenang hidup makmur tanpa ras iri hati. Kefahaman masyarakat bukan Islam kelantan terhadap islam amat berlainan jika nak dibandingkan dengan negeri lain. Hanya tatkala Pakatan Rakyat muncul kita mampu melihat bagaimana cina DAP yang selama ini kuat menentang Islam sudah mampu membaca al-Quran, India juga boleh baca al--Quran termasuklah berhujah menggunakan ayat al-Quran. amat bagus sekali. Berbeza dengan MCA dan MIC yang selama ini bersekutu dengan Umno belum lagi boleh berhujah dengan al-Quran memandangkan dasar yang dibawa oleh ketiga parti ini bukan membangun bersama Islam sebaliknya perkauman. Maka MCA dan MIC gagal difahamkan oleh UMNO tentang keindahan Islam.

Tok Guru pernah menyatakan bahawa semua manusia berasal dari ADAM dan HAWA menunjukkan bahawa manusia ni semuanya sama harus diberikan hak yang sama secara adil dibela oleh pihak menindas dijamin keselamatan mereka cumanya yang membezakan manusia tersebut ialah taqwa dalam konteks ini bolehkah dikatakan bahawa orang Islam itu semuanya taqwa?Tujuan diwujudkan kelab penyokong PAS juga pernah diulas tok guru dalam satu ucapan beliau dimana beliau tidak menyangka boleh tertubuhnya kelab penyokong PAS oleh bukan ISlam kenapa mereka tidak pilih UMNO. kenyataan ini punya jawapanya dalam ayat diatas.
Ini menunjukkan bahawa masyarakat bukan Islam mula kenal PAS dan slogan PAS for all adalah untuk memahamkan bukan Isla kepada Islam itu sendiri bukan sanagt kepada PAS dan PAS sahaja sehingga sekarang merupakan entiti yang bernaung ibawah siasah demokrasi diMalaysia dengan membawa Dasar Islam untuk menjaga kebajikan semua manusia bukan sahaja Islam, malahan Cina India Siam dan sebagainya dan Agama Islam itu bukan milik orang Melayu sahaja bahkan juga milik semua manusia di atas muka bumi ini, Nabi Muhammad bukan Nabi orang Melayu Islam sahaja malahan milik semua manusia atas muka bumi ini untuk dijadikan suri tauladan untuk diikuti olee seluruh manusia tidal kira Islam India Cina dan sebagainya...

Lalu semua semua fikirkanlah parti mana mengamalkan perkauman dan parti mana mengamalkan hubunga sesama kaum melalui methode digariskan Islam..lakukanlah perubahan ...

Jumaat, 4 Disember 2009

Lagi Tindakan Jais...Tauliah atau Apa?

Saya ingin mengulas berkaitan isu terkini berhubung larangn untuk berdakwah di Selangor, saya kurang pasti permulaan disebalik semua ini dan siapakah manusia atau orang agama pertama yang disekat dari menyampaikan dakwah diselangor. Jais sekarang dilihat seolah menyembunyi sesuatu fakta dengan menggunakan alasan tauliah. Dan selepas isu tauliah muncul pelbagai alasan demi alasan lain yang menidakkan hak seseorang untuk menyampaikan dakwah di Selangor. persoalannya sekarang ialah mengapa tidak dimudahkan sahaja tauliah tersebut sebagai contoh dalam kes Untaz Asri sendiri mengapa ditahan Ustaz Asri sedang alasan yang diberikan Ustaz Asri tidak mempunyai tauliah lalu kenapa tidak diberikan tauliah kepada beliau?

lalu apa pula alasan yang diberikan oleh pihak Jais apabila bertindak menghalang Untaz Akhil Hayy daripada menyampaikan ceramah. di sini timbul persoalan dibenak fikiran saya...dalam akhbar Harian Metro bertarikh 4.11.2009 melalui kenyataan Pengarah Jais bahawa Akhil Hayy tak layak bagi ceramah termasuk mentarbiyah orang lain selain hanya mengharapkan populariti..saya merasa hairan kenyataan apakah yang yang dikeluarkan oleh orang berpendidikan sebegini?

pada saya akhil hayy merupakan seorang yang berkelayakkan untuk memberikan ceramah kerana ia mampu dijadikan role model dalam mendekatkan muda mudi kepada Islam, kerana umum tahu akhil sebelum itu telah jauh bergelumang dengan kenikmatan dunia dan maksiat lalu kembali untuk untuk menyampaikan ayat-ayat Allah, zikrullah dan sememangnya saya akui dalam ceramahnya sememangnya dia akan berkata apa yang benar dan menentang perkara tidak benar dan itu saya bersetuju kerana kita diperintahkan untuk berkata benar sekalipun pahit. persoalan yang timbul ialah apakah perkataan benar yang diucapkan sehingga menyebabkan pimpinan Umno dan ahli2nya terasa sehingga mengundang tindakan sebegini dilakukan? Akhil hayy bagi saya lebih baik daripada ahli agama yang duduk dalam Umno yang diistilahkan oleh Tun mahathir sebagai Busuk sampai ke usus, sehingga sanggup bersama membenarkan segala tindakan pimpinan Umno berbanding akhil hayy.

mengapa menteri Umno yang berpakaian tidak menutup aurat dibenarkan untuk menyampaikan ceramah di sselangor?menapakah ahli Umno yang juga punya masalah rumahtangga dibenarkan memberi cerama di selangor?mengapa pemimpin atau ulama' Pas yang rumahtangganya aman damai sentosa juga tidak diberikan kebenaran untuk memberikan ceramah agama di selangor?dan banyak lagi...

Saya mencabar Pengarah Jais sendiri untuk menyampaikan tazkirah dan membiarkan rakyat menilai apakah beliau layak untuk memberikan cerama atau pun tidak, dan biar rakyat nilai aakah ceramahnya itu lebih baik dari uztas asri atau pun tidak....sungguh ego dia menilai orang lain tanpa melihat kedalam diri sendiri....siapakah dibelakang manusia sebegini?

Rabu, 2 Disember 2009

Forum Sebatan Di Kuis Antara Pro dan Kontra

Semalam menempa satu lagi sejarah kepada pihak kuis khususnya Akedemi Islam dibawah Fakulti Syariah dan Undang-undang apabila berjaya menganjurkan satu forum yang membincangkan berhubung perlaksanaan sebat menurut syariah berpandukan enekmen agama Islam Selangor dan Pahang.

setelah hamp

Selasa, 1 Disember 2009

umno busuk sampai keusus: bekas pemimpin UMNO

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.


Peringatan buat seluruh ahli dan kepimpinan Umno sekarang sedarlah diri sebelum kekuatan undi rakyat merebahkan kalian dan sebelum doa-doa mereka yang dirompak hak mereka dirampas hak mereka, insan-insan yang difitnah demi menghalalkan politik kotor untuk terus berkuasa sekalipun dengan cara kotor, ingat, janji Allah merupakan janji yang pasti, Allah akan zahirkannya bila tiba saatnya nanti sekalipun kalian punya keanggotaan keahlian yang begitu ramai namun tidak bersatu, sekalipun kalian menggunakan segenap tenaga agensi penguatkuasaan kerajaan seperti SPR, SPeRMa, Polis dan sebagainya untuk menyiasat mereka yang tidak bersalah sedangkan jerung atau bapa jerung yang berlegar dalam masyarakat tidak diambil tindakan, mufti dihina, perkauman diapikan, jenayah meningkat, politik ugut-mengugut,rampasan kuasa secara tidak bertamadun, rakyat sedang menunggu hadirnya ketika itu untu membalas segala tindak-tanduk kalian. Nasihat saya bertarunglah sebagai anak jantan...jangan besembunyi disebalik Akta-akta OSA,ISA, and bermacam lagi, ini tindakan seorang pengecut.

ingatlah Firman Allah : Anda merancang Allah membalas perancangan kalian

dan doa mereka yang dizalimi tidak ada hijab disisi Allah....

Rakyat tidak mudah diperbodohkan...

Isnin, 30 November 2009

Hakikat Sebuah Perjuangan Bahagian 1

Assalamunalaikum salam sejahtera buat sesiapa yang melayari blog saya, tidak ada coretan yang bisa saya titipkan melainkan lebih kepada isi hati dalam melihat setiap apa yang berlaku. apakah negaraku harus berterusan dalam kondisi yang tidak menentu, apakah pembohongan masih menjadi mainan lidah-lidah bercabang, apatah lagi kezaliman dan perompakan hak sesuatu pihak akan terus menjadi kelaziman mereka yang berkepentingan, bertambah lagi dengan sekatan pihak tertentu yang menyekat lidah ulama dari terus berbicara soal agama, soal dakwah seandainya intipati ceramah tersebut mengenai batang hidung sendiri, masihkah hukum Islam terus menjadi mainan bagai bole sepak ditendang kesana kemari?sungguh haru biru negara ku ini.

aku akan tetap berbicara hatta sekalipun kaliamahku tidak akan sampai kesasarannya walaupun tersasar namun demi hakikat ingin melihat suburnya Islam di Malaysia akan ku curahkan bantuanku sekadar termampu, demi melihat bahawa dakwah bisa dilakukan secara terbuka ditempat awam sebagaimana dilakukan Tok Guru Nik Aziz (Aku bukan penyokong tegar PAS) aku akan tetap bersuara atas pandangan peribadiku, dan demi melihat perompakan hak insan tertindas akan dibersihkan sebersihnya aku akan tetap bersama gerakan Islam yang berjuang kearah itu, dan demi melihat cintaku terhadap Allah akan kubersama mereka yang berjuang menegakkan amar makruf nahi mungkar bukan bersembunyi disebalik mereka yang beridentitikan Islam namun hakikat sebaliknya.

seseorang muslim tidak akan digelar muslim seandainya cintanya terhadap dunia lebih mengatasi cintanya terhadap Islam, Nabi dan Allah Rabbul Jalil. cinta dunia hanya bisa mengundang murka Allah. Bahawa Allah tidak akan membiarkan hambanya terus mensyirikkannya dengan terus mengejar indahnya tipuan dunia. Aku bukanlah Insan suci malahan sudah banyak dipalit dengan cecair najis dunia namun aku ingin membersihkannya dengan cara mengorbankan diriku kepada Cinta Allah andai dengan cara itu bisa membersihkan diriku dari najis tadi. Subhanallah...

apakah seseorang masih menggelarkan dirinya Islam sekiranya dia masih tidak mengerti hakikat yang tersebunyi disebalik ajaran Islam. Ambil Islam separuh buang Islam separuh..dalam erti kata lain ambil Islam separuh separuh lagi dibuang sebagai contoh: ambil Islam hanya dalam part of economy sedangkan dalam al-Quran sediri dipenuhi dengan perintah2 Allah yang begitu banyak dan wajib untuk dilaksanakan. Hukum Islam wajib dilaksanakan sepenuhnya tanpa ada pengecualian. sehingga sekarang kita masih melihat bahawa jenayah di malaysia semakin meningkat sehingga negara ini bisa diklasifikasikan sehari satu jenayah. Ingatlah bahawa Allah telah menetapkan cara atau methode dalam mengekang penularan jenayah melalui hukum hudud lalu mengapa tidak diambil? mengapa diketepikan?

namun pada masa sama masih ada yang tanpa segan silu menghina ulama mahupun para pendakwah? tidak kah mereka sedar bahawa ulama itu pewaris nabi dan salah satu tanda kiamat ialah apabila ulama-ulama dimatikan dan kalam Allah diangkat. penghinaan kepada para ulama semakin menjadi tanpa menghiraukan ancaman azab dari Allah. bertambah lah lagi apabila pendakwah sendiri bersekongkol duduk bersama toghut yang secara terangan menolak Islam yang gah dengan projek meganya, yang gah dengan pembinaan masjid mewahnya sedangkan suraupun belum tentu penuh untuk diimarahkan. masakan tidak tazkirah disekat, tidak boleh gunakan masjid untuk tujuan politik, bukankah Islam itu sendiri politik bagi pihak yang merasakan ianya politik sedangkan pembawaan Islam itu sendiri merangkumi segala aspek tanpa meninggalkan walau satu babpun. Toghut yang sentiasa menggunakan kewangan hasil mahsul negara. wang rakyat, cukai-cukai, demi memenuhkan perut ahli keluarga, demi memuaskan hati para kaum kerabat keliling pinggang sehingga rakyat merana merangkak mencari sesuap nasi. ....toghut yang sentiasa akan mengambil tindakan zalim sekiranya tindakan sesuatu pihak tersebut berlawanan dengan pendapatnya, maka akta zalim digunakan sewenangnya.

Islam tidak menghalalkan cara. islam akan terus tertegak dan janji Allah untuk membela golongan yang berjuang untuk berdakwah menegakkan agamanya merupakan janji pasti bukan omongan kosong. Kita barangkali sudah melihat bagaimana Almarhum Mufti selangor terdahulu diambil tindakan kerana tindakan yang berlawanan dengan dasar pemerintah. saya tidak mahu mengulas isu apakah ia saya berkeyakinan umum sudah mengetahui. Isu syurga neraka juga menjadi bahan mainan politik pihak toghut ini. ya memang isu syurga neraka hak Allah tapi ingin saya jelaskan daripada tindakan kita semasa hidup pun sekiranya tidak selari dengan Al-quran dan al-sunnah dan sudah menghina ulama apakah kita akan kesyurga? anak bini hidup bergelumang maksiat adakah akan syurga kita?apakah dengan sumber kewangan negara dibelanjakan untuk meluluskan pusat perjudian kita akan masuk syurga?apakah dengan kehidupan kita merampas hak orang lain akan membawa kita kesyurga/apakah dengan tindakan kita mengambil Islam separuh buang separuh lagi mampu membawa kita syurga? apakah dengan membina tembok jeriji untuk menahan mereka pejuang kebenaran akan bisa membawa kita kesyurga?apakah apabila al-Quran diketepikan dalam hidup kita akan bisa membawa kita kesyurga? dan banyak lagi persoalan berhubung iman dan akidah perlu kita soal kepada hati kita, contoh dalam persoalan akidah apabila mufti mengeluarkan fatwa bahawa meletkakan jambangan bunga ditugu negara adalah haram dan membawa kepada syirik namun kenapa kita tidak patuh?apakah ini akan membawa ke syurga atau neraka?

saya akan sambung kenyataan saya dalam bahagian berikutnya .....

Khamis, 26 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Assalamunalaikum
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Allahuakbar Walillahilhamd...

Pertama sekali setinggi kesyukuran dipanjatkan buat yang maha Esa atas limpah kurnia dan ihsan-Nya dipertemukan kita seluruh umat islam kepada suatu hari yang amat makna dan pengertiannya bagi sesiapa yang tahu.

Solawat dan salam buat junjungan besar Muhammad s.a.w khatimul al-Anbiya' ahli keluarganya dan para sahabatnya ridhuanullahi 'alaihim.

hari ini seluruh umat umat Islam yang menunaikan haji di Makkahal-Mukarramah diuji dengan suasana hujan yang mengakibatkan banjir. suatu fenomena alam yang jarang berlaku ketika musim haji. dikhabarkan juga melalui media massa hatta elektronik bahawasanya jemaah haji yang kini sedang berwukuf di Arafah juga terpaksa berwukuf dalam keadaan basah disampin terdapat juga khemah para jemaah yang diterbangkan angin. Namun, keseluruhan keadaan ini diterima dan diharungi oleh majoriti jemaah Haji dengan rasa syukur dan tunduk kepada kekuasaan Allah sebagai satu ujian terhadap mereka untuk berkorban apa sahaja demi mendapatkan haji yang mabrur.Taburkanlah doa bersama demi keselamatan mereka

Lalu pandangan sisi kita dilayarkan jauh ke bumi al-Biya' bumi Shuhada' iaitulah bumi Palestina. Seharian kita disajikan dengan penderitaan saudara kita disana, dalam keadaan mana mereka boleh mengadakan ibadah korban dan dalam kondisi mana pula mereka bisa merayakan hari raya korban aidil adha. dalam keadaan serba serbi tidak mencukupi mereka dipandang enting oleh kita sebagai saudara seakidah mereka. dikhabarkan bahawasanya Yuhudi Laknatullah semakin menunjukkan biadapnya apabila semakin hari penempatan yahudi haram dibina dengan pesatnya diatas tanah yang dirampas dari bumi pelestina. Mujahidin2 Hamas malahan dari penduduk Palestina sendiri khususnya syabab-syabab palestina semangat mereka tidak pernah goyah dalam melakukan pertentangan terhadap tentera Yahudi. bilangan Syuhada' semakin bertambah. inilah pengorbanan terbesar masyarakat Palestina khususnya mujahidin demi memerdekakan bumi barakah Palestina dan membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman Yahudi yang bercita2 mahu meruntuhkannya lalu digantikan dengan Haikal Sulaiman.

Seruan juga ditujukan kepada masyarakat Islam di Malaysia agar kembali kepada pengorbanan sebenar sebagaimana dianjurkan Islam. dalam mendefinikan istilah pengorbanan itu sendiri ia punya pentafsiran yang meluas. Sejarah atau Siratul Rasul sendiri dari Nabi Adam a.s sehinggalah kepada utusan terakhir Nabi Muhammad s.a.w menggabrkan kepada kita erti pengorbanan yang telah dilakukan oleh para anbiya' untuk dijadikan ikutan dan suri tauladan dalam berkorban. dan perngorbana terbesar dilakukan oleh Nabi Ibrahim ke atas Nabi Ismail a.s. Justeru, pengorbanan bukan sekadar menginfaqkan lembu2 sahaja untuk dijadikan korban malahan juga pengorbana dalam menegakkan amar-makruf nahi mungkar juga merupakan suatu penorbanan, mengembalikan hak kepada mereka yang berhak menerimanya juga suatu pengorbanan, menegakkan keADILan kepada semua rakyat juga suatu pengorbanan, dan perjuangan membersihkan pentadbiran Malaysia dari segala anarki jahat juga merupakan suatu pengorbanan agar negara Malaysia kembali ditadbir urus dengan berhemah dan bersih sebagaimana dituntut oleh Islam. Maka, masyarakat Malaysia harus sedar bahawa jangan lah mendefinisikan pengorbana tersebut dari sudut yang daqiq (sempit) sahaja malahan melihat skop pengobanan dari sudut yang wasi'(luas).

Buat Pejuang-pejuang Islam dan pejuang Rakyat semoga perjuangan kalian tidak terhenti separuh jalan dalam mengembalikan apa yang menjadi hak rakyat dikembalikan kepada rakyat
dan kalian tidak mudah goyah dilandai badai ancaman ugutan hukuman dan tribulisi pihak-pihak yang mahu mengautkan hak rakyat dari hasil bumi mereka dengan cara tak bertamadun. inilah pengorbanan kalian kepada kami rakyat Malaysia dan sebagai tanda sokongan kami juga akan berkorban dalam memenangkan kalian. buat pejuang Islam, teruskan perjuangan dalam memartabatkan bukan sahaj syiar malahan syariat Islam dibumi Malaysia agar Islam akan terus subur membangun, banteraskanlah maksiat-maksiat yang sudah berakar umbi dengan sinaran cahaya Islam. maksiat-maksiat yang kebanyakkan dibawa oleh budaya hendonisma Barat lalu dibenarkan masuk dibumi ini sehingga merosakkan pemikiran syabab atau remaja Islam di Malaysia.Insyaallah sekiranya perjuangan ini tulen dan niat nya betul pasti mendapat bantuan dari ALlah.Ingatlah Allah sama sekali tidak memungkiri janjinya.

akhir sekali kepada pejuang suara Mahasiswa teruskan perjuangan anda untuk membela nasib mahasiswa, dan pastikan kalian dilandasan betul dalam perjuangan untuk mahasiswa dan bermanahlah keatas setiap undi yang diberikan oleh mahasiswa bukan bersikap khinat. kerana satu untuk itu ibarat satu tanggungjawab malahan kalau beratus undi bermakna beratus malahan beribu tanggungjawab perlu kalian pikul. justeru jangan menganggap mudah untuk menjadi seorang pemimpin sekiranya tidak mampu.

Akhir kalam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha
Salam Perjuangan Salam Pengorbanan
Salam Suara Agung Mahasiswa
Iskandar Shah@Shah Jihad
27.11.1009

Jumaat, 20 November 2009

kENYATAAN TERBUKA BUAT PEJUANG SUARA MAHASISWA KUIS

Buat Mahasiswa Kuis keseluruhannya dan terutama Mereka yang menggerakkan Suara Agung Mahasiswa di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor..Amatilan nasihat dari Insan yang telah sekian lama berada dalam bidang ini malahan telah banyak asam garam pahit maung hinaan malahan cacian makian mereka yang bergelumang dengan kezaliman, apatah yang berselindung disebalik nama Islam.

Memetik kenyataan Datuk Seri Nawar Ibrahim:

JANGAN BERDIAM DIRI JIKA MAHU PERUBAHAN

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak yang mahukan perubahan agar jangan berdiam diri dan sekadar menjadi penonton sahaja.

"Mereka yang mahukan Perubahan tidak boleh lagi berdiam diri dan sekadar menonton. Mereka sewajarnya terjun ke medan, menyatakan pendirian dan bersama-sama mencorak ruang kerjasama parti serta Pakatan Rakyat.

"Jangan lekas makan hati, kerana rakyat akan merasa mual. Bersegeralah memikul tanggungjawab memimpin walau sesederhana mana pun kekuatan di tempat masing-masing," kata Anwar dalam blognya.

Menurutnya, pimpinan ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat menyedari permuafakatan yang berusia muda ini pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan.

"Pembentukan Pakatan Rakyat bercita-cita membawa Perubahan sedaya mungkin. Pastinya sepanjang perjalanan memperkukuh kerjasama akan ada perbezaan dan pertikaian serta mereka yang kecewa lalu meninggalkan perjuangan manakala berbondong bondong lagi hadir menyertai mendokong hasrat perubahan," katanya.

Bagi beliau, perjuangan yang merentasi batas kaum, kepercayaan dan fahaman ini menimbulkan kegerunan kepada GOLONGAN YANG TIDAK MEMPEDULIKAN SUARA AKAR MAHASISWA .

"Ianya kerana falsafah serta dasar permuafakatan kita mencerminkan kenyataan masyarakat majmuk di Malaysia APATAH LAGI DALAM MELAYARI PERJUANGAN MENGANGKAT SUARA MAHASISWA DAN MENENTANG KARENAH MEREKA YANG TIDAK MAHU MEMPEDULIKAN RINTIHAN MAHASISWA YANG MAHUKAN YURAN DITURUNKAN," katanya.

Menurut beliau, tidak mungkin wujud penjajahan dalam permuafakatan ini di mana satu parti menunjuki apa yang perlu dilakukan oleh parti yang lain.

"Permuafakatan Pakatan Rakyat terbina dari asas untuk menghormati suara parti komponen dan akan berusaha bergerak dengan menggembeling dari kekuatan itu," katanya lagi.


jUSTERU, BUAT MAHASISWA KUIS KEBOLEHAN ANDA BUKAN SAHAJA HARUS DISALURKAN DALAM KELAS NAMUN KEPRIHATINAN DALAM MELIHAT SITUASI SEMASA YANG BERLAKU DISEKELILING ANDA MENUNTUT ANDA UNTUK BERFIKIR DAN TERLIBAT BERSAMA DALAM PERJUANGAN SUARA AGUNG MAHASISWA. SUDAH PASTI GOLONGAN YANG PUNYA KEPENTINGAN DENGAN MPM AKAN TETAP MEMBELA MPM WALAUPUN MPM SUDAH DIBELI PIHAK TERTENTU SEHINGGA MPM KECUT DAN TAKUT UNTUK MENJADI SUARA MAHASISWA SEBALIKNYA BERSUARA BAGI PIHAK TERTANTU.

BARANG DIINGAT PENGKHIANATAN MPM KUIS TERHADAP UNDI MAHASISWA HARUS DIBAYAR DENGAN HARGA YANG MAHAL DAN TUNTUTAN KAMI AKAN DIPERSAKSIKAN DIHADAPAN RABBUL JALIL. INILAH MPM YANG PALING LEMAH, BERSIKAP MENGUGUT MAHASISWA, BERCAKAP BAGI PIHAK ORANG LAIN, HEBAT DENGAN KOT DENGAN JAWATAN TAPI LEMAH DAN LEMBAB DALAM MEMPERJUANGKAN NASIB MAHASISWA.

SAYA BUKAN PENYOKONG GMS TETAPI SAYA PENENTANG TEGAR MPM KUIS, DAN PERLAWANAN SAYA AKAN BERTERUSAN SECARA UNDERGROUND SEHINGGA TERWUJUDNYA BADAN PIMPINAN YANG BETUL-BETUL MENGANGKAT MARTABAT MAHASISWA DAN MEMENTINGKAN SUARA MAHASISWA. GMS SENTIASA BERADA DIKALANGAN MAHASISWA NAMUN MPM BERLAGAK DENGAN JAWATAN DAN KERJA DIBILIK MPM LALU DIMANA MASA ANDA BERSAMA MAHASISWA.

SELAMA INI HARAPAN SAYA TERLALU MENGGUNUNG SEMOGA DIHADIRKAN PIHAK YANG AKAN KEDEPAN MEMBAWA SUARA MAHASISWA KEPERINGKAT TERTINGGI TIDAK TAKUT UGUTAN PIHAK ATASAN KERANA MEMBAWA KEBAJIKAN MAHASISWA ALHAMDULILLAH ALLAH MAKBULKAN. DISINI JUGA SAYA MENDESAK SUPAYA MPM MEMBUAT SATU EGM (EXTRAORDINARY GENERAL MEETING) BERSAMA MAHASISWA KEMUDIAN MEMBUAT UNDI SAMA ADA MPM MASIH MENDAPAT RESTU MAHASISWA UNTUK MEMERINTAH ATAU DITOLAK MAJORITI MAHASISWA DAN PENGUNDIAN ITU DIBUAT OLEH BADAN BEBAS BUKAN PIHAK JABATAN. SEKIRANYA MPM DITOLAK SILAKAN MELETAK JAWATAN SECARA BERAMA I2 TERMASUK MENDESAK PRESIDEN MPM KUIS UNTUK MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA KESELURUHAN MAHASISWA KUIS.

Rabu, 11 November 2009

HIMSIS YANG MERAPU

semalam kita seluruh warga Kuis sedia maklum satu perhimpunan yang saban kali diadakan untuk mendengar keluhan dan permasalahan mahasiswa sekali lagi diaturkan.itu perhimpunan yang dikenali sebagai HIMSIS. namun perhimpunan kali ini mencatat sejarah tersendiri dimana memperlihatkan perhimpunan mahasiswa yang begitu ramai sekali untuk mendengar penjelasan dari pihak MPM sendiri berhubung isu kenaikan yuran dan demonstrasi yang dilakukan oleh NGO underground iaitu GMS(Gabungan Mahasiswa Sedar).

Perkara pertama yang dapat dilihat pada malam tersebut ialah bagaimana MPM yang dilantik oleh tangan mahasiswa untuk membawa suara mahasiswa sebaliknya bertukar watak menjadi jurucakap pihak jabatan. Presiden MPM sendiri bertindak menjawab tuntutan GMS dalam memorandum GMS bagi pihak jabatan, persoalannya disini apakah Nasrul Izat sendiri terlibat dalam penggubalan yuran mahasiswa? memperlihatkan kepimpinan MPM kali ini ianya menunjukkan kelemahan kredibiliti mereka sendiri sebagai contoh MPM cuba meniru Muktamar yang dianjurkan pihak ALAM dengan membentangkan perkara yang tidak perlu dibentang dan memang tidak sepatutnya dibentang. Mengaibkan dan amat memalukan.

Seperkara isu yuran ini sudah lama menjadi rungutan pihak mahasiswa, kenyataan nasrul Izat tidak ada berita sampai kepadanya tentang pinjaman mahasiswa yang hanya cukup untuk bayar yuran pengajian sahaja merupakan kenyataan yang tidak logik. sebaliknya tindakan pengerusi yang tidak mahu membuka ruang kepada soalan yang mahu diajukan menunjukkan betapa pengecutnya MPM kali ini untuk berhadapan dengan suara mahasiswa. layakkah mereka meminta mahasiswa untuk kebilik MPM kalau ada masalah atau sebarang soalan, lalu tindakan apa yang mereka ambil untuk turun padang mendengar keluhan rakyat bawahan? mereka yang sepatutnya turun kebawah bertemu pelajar tanya masalah mereka, mengapa mahasiswa yang melantik MPM mahasiswa pula kena bersujud dikaki mpm? sikap anda menambahkan lagi perseteruan antara mahasiswa dengan MPM. Paling menimbulkan kemarahan apabila presiden sendiri dalam menjawab permasalahan yuran bertindak bertanya kepada mahasiswa "adakah mahasiswa bersetuju pinjaman mereka dinaikkan"? bagi saya ini soalan bodoh dan soalan mengugut mahasiswa. MPM merupakan bukan badan bebas dan kida hitam pihak jabatan.

Pada pendapat saya kewujudan GMS tidak harus dilihat dari kacamata negatif tetapi dari sudut yang positif. keberanian mereka dan keperihatinan mereka dalam mendepani dan memperjuangkan hak mahasiswa terutama isu yuran amatlah dihargai. sekiranya pihak pentadbir kolej menggelarkan mereka sebagai NGO haram silalah iktiraf mereka, dan sudah sampai masanya pemilihan kepimpinan MPM akan datang diwujudkan dua pihak sebagaimana di IPTA iaitu pro Mahasiswa dan Pro Jabatan.Saya juga menyeru agar EGM (Extraordinary General Meeting) diwujudkan untuk melakukan pungutan suara mahasiswa sama ada kepimpinan Mahasiswa yang diterajui Nasrul Izat sekarang masih mendapat kepercayaan mahasiswa untu memperjuangkan suara AGUNG mahasiswa atau ditolak. sekiranya ditolak maka pemilihan baru harus diadakan. buat masa sekarang saya menyokong penuh kewujudan GMS ini sebagai wadah baru suara mahasiswa.Iktiraf mereka.

Saya juga menyeru kepada ADUK selat Klang yang juga exco pendidikan selangor untuk mengambil inisiatif dalam menyelesaikan kemelut ini. Saya juga menyarakan supaya satu pertemuan sebagaimana HIMSIS diadakan diantara penjaga mahasiswa dengan exco dan jabatan kuis. ini cara paling baik untuk pihak kuis menjelaskan kemelut disebalik kenaikan yuran bukan menggunakan wakil kami untuk bercakap bagi pihak anda.

insyaallah saya sendiri akan melakukan research yuran2 di kolej lain dan akan dibentangkan di blog ini.

Isnin, 9 November 2009

Suara Mahasiswa Antara Suara Tak Dipedulikan

Mahasiswa merupakan kelompok insan yang dikatakan belajar dalam suasana Inatitut Pengajian Tinggi tidak kiralah sama ada ianya Awam ataupun Swasta. Apa yang pasti mahasiswa adalah generasi yang sudah punyai sedikit ilmu semasa menuntut di sekolah rendah dan menengah dahulu dan meneruskan pendakian mereka menuntut ilmu kepuncak menara gading. Kelompok inilah juga suatu ketika nanti akan mewarisi tampuk pemerintah sesebuah organisasi atau apatah lagi yang mempunyai kelebihan akan mewarisi tampuk kepimpinan negara.

Namun zaman semakin laju berubah, masa terus pantas berlalu, hari berganti hari tahun terus bertambah, semua perubahan ini menuntut seatu anjakan baru dalam pemikiran mahasiswa. Mahasiswa bukan sahaja dilihat kelebihan mereka dalam aspek kepandaian belajar namun apa yang mahasiswa harus ada ialah bakat dalam mengaspirasi suara mahasiswa dan memperjuangkan nasib sebahaian kecil mungkin atau sebahagian besar permasalahan mahasiswa dalam menyuarakan sesuatu hak dan kebenaran.

tidak kira bagaimana mahasiswa perlu memainkan peranan mereka bukan sahaja dalam kampus namun pemikiran mahasiswa juga harus dibuka seluasnya dalam melihat kebejatan akhlak masyarakat khususnya golongan muda mudi yang semakin hanyut dalam gelodak jiwa muda, apatah lagi keperluan mahasiswa untuk memahami situasi politik negara yang semakin tidak menentu arah tuju, nasib para pejuang ulamak yang semakin dihadkan suara dakwah mereka lalu diperlakukan sehina manusia yang tidak punya adab menghormati alim agama disamping pelbagai konspirasi kautan wang ringgit untuk kaum keluarga, bebanan rakyat yang menggunung tinggi menuntut satu perjuangan untuk pembelaan.

ini lah antara perkara yang harus ditanggapi oleh seluruh tubuh mahasiswa melihat sesuatu berdasarkan ruang lingkup sebuah perjuangan dalam menegakkan kebenaran. minda mahasiswa dan suara mahasiswa tidak seharusnya disekat atau tersekat dengan tindakan berlawanan arus pihak yang bimbangkan kebangkitan suara mahasiswa. apatah lagi jika suara itu sudah menjadi suara agung mahasiswa. pelbagai akta dilakukan dalam menyekat setiap gerak mahasiswa dan menyuarakan aspirasi perjuangan mahasiswa agar suara mereka diangkat didengari dan diberi perhatian mengggunung bukan dengan pandangan sebelah mata.

Tindakan mahasiswa ini seringkali dirantai oleh akta seperti AUKU yang sekian lama bertapak dalam Universiti dan Kolej Universiti Awam dan tindakan mengenakan AKTA kolej kepada mahasiswa yang berhimpun untuk menyuarakan bantahan kepada kenaikan yuran juga disekat oleh akta kolej yang menunjukkan kebaculan pihak pentadbir untuk berhadapan dengan suara mahasiswa. Malahan segala akta yang mencengkam gerakan mahasiswa menyekat suara mahasiswa harus dinisankan terus jika segala aspirasi suara mahasiswa tersebut demi kebaikan seluruh warga kampus.

AYUH BANGUNLAH MAHASISWA BEBASKAN DIRI ANDA USAH TERKONGKONG DENGAN AKTA MANUSIA

Suara Agung Mahasiswa
Iskandar Shah

Sabtu, 7 November 2009

Suara Mahasiswa, Satu Kebangkitan, Bukan Disekat

Sekalung tahniah saya capkan buat wakil2 Mahsiswa sebuah kolej universiti Islam di Bangi kerana setelah sekian lama dendam dan menyimpan hati dengan sikap golongan atasan yang tidak mempedulikan setiap suara, setiap rungutan apatah lagi setiap laporan dari mahasiswa sendiri. Maka suatu reformasi baru dalam mengangkat suara Mahasiswa harus direncana lalu digembling bersama seluruh anggota tubuh mereka yang bergelar mahasiswa. usah gentar, usah takut, usah lemah dalam menegakkan kebenaran apatah lagi dalam menegakkan keadilan, maka inilah ajaran Islam sebenarnya, malahan dalam Islam sendiri memerintahkan umatnya agar tidak menyembunyikan kesaksian terutama dalam menyatakan kebenaran dan menegakkan keadilan hanya kerana bimbang dengan tindakan golongan atasan yang tidak mempedulikan golongan marhein dibawah.

Pernah suatu ketika, sahabat saya yang belajar disitu, mengambil diploma manyatakan bahawa pinjaman PTPTNnya hanya cukup untuk membayar yuran asrama sahaja sahaja, baki yang tinggal hanya RM 100 ke RM 200 macam itu, lalu bagaimana mahu bertahan untuk riwayat hidup selama 4 bulan satu semester?malahan juga rintihan mahasiswa rakan saya yang pinjamannya hanya untuk bayar yuran sahaja, duit belanja kena minta pada ibu bapa...kalau beginilah suasananya kalau beginilah keadaannya lebih baik pelajar tersebut tidak mengambil pinjamann PTPTN.

saya melihat berita ini melalui TV3 dua hari lepas, betapa kepimpinan Mahasiswa sudah tidak punya cara lain dalam membawa suara mahasiswa keperingkat atasan, tanyalah senior2 yang pernah belajar disitu mereka arif dalam berurusan dengan pihak atasan. kebanyakannya pasti akan mengatakan bahawa masalah yang mahasiswa hadapi sudah banyak diutarakan namun apa tindakan pihak kolej? sebagai pihak atasan kita perlu turun bertanya masalah pelajar sentiasa berdamping dengan pelajar, mengambil tahu masalah pelajar, sekiranya mahu menunggu pelajar berdamping dengan golongan atasan sudah barang pasti sukar kerana darjat sehingga tandatanganpun wakil yang tolong tandakan.

Kita harus sedar betapa mahasiswa amat dahagakan ilmu, ingin belajar dengan tenang, namun kalau permasalan sebegini berterusan apatah lagi dalam kolej berteraskan Islam, situasi ini apabila diketahui pihak luar amatlah memalukan. Justeru, pada saya lebih baik diketahui pihak luar dari terus menjadi luka parah dilubuk hati mahasiswa mengutuk pihak atasan terus nya mendapat dosa yang tidak berpenghujung, mahasiswa juga punyai perana lain unuk menumpukan perhatian kepada pelajaran, justeru sekalipun pahit maka demi hak mahasiswa, suara ini harus diketahu pihak umum hatta kepengatuan Kementerian Pengajian Tinggi seklipun.

Justeru, suatu perhimpunan mahasiswa seharusnya diaadakan oleh pihak pentadbir kolej bersama seluruh mahasiswa kolej dalam mendengar rintihan, masalah, rintihan malahan rungutan mahasiswa sebagaimana dilakukan oleh MB Selangor semasa krisis pemindhan kuil hindu dari sek 19 ke sek 23. Marahan, makian, hamunan apatah jeritan mahasiswa selepas ini kepada pihak atasan ambillah dengan sikap positif usah diteruskan pertentangan dengan mahasiswa. saya amat berkeyakinan bahawa mahasiswa KUIS bijak dalam mengawal emosi, sekalipun hak mereka dirampas dengan caj-caj gelap atau caj-caj hitam yang mahasiswa tidak. telah acap saya terangkan dan jelaskan hal ini kepada mahasiswa dan kebanyakkan mereka Faham.

Justeru, usahlah disekat suara Mahasiswa dengan pelbagai akta ciptaan manusia sebaliknya gunakan cara hikmah berhadapan dengan mereka. Atas dasar inilah saya secara peribadi membantah slogan "ikut resmi padi makin tunduk makin berisi". Mahasiswa perlu dibekalkan dengan jati diri, keberanian menyatakan kebenaran, tidak gentar dengan ugutan, berani bersuara, dan bertindak selaras apa disyariatkan Islam dan berdsarkan ilmu yang mereka pelajari dalam kelas. kehidupan mahasiswa bukan setakat belajar tuntut ilmu tapi belajar bagaimana membawa suara-suara tertindas, MPM harus dibersihkan dari menjadi tunggangan pihak tertentu, MPM dilantik mahasiswa, tangan-tangan mahasiswa ini akan menjadi saksi di hadapan Allah atas apa dilakukan MPM nanti.

JUSTERU, TAHNIAH BUAT KALIAN SEMUA...MOGA MENDAPAT KEJAYAAN DAN BANTUAN DARIPADA ALLAH DALAM TERUS MENYATAKAN HAQ DAN KEADILAN

SUARA AGUNG MAHASISWA
SUATU REFORMASI

Rabu, 4 November 2009

Rakyat Malaysia Memang Bersatu, Tak Perlu Satu Malaysia

Sejak kebelakangan ini aku sering keluar dan apabila dahaga aku sering singgah di kedai makan paling kerap aku singgah ialah kedai Mamak. Sekadar untuk lepaskan dahaga. Niat aku cuma untuk mencari satu kebenaran apakah selama ini rakyat Malaysia memang tdaik bersatu, perkauman. Sejak aku kecil sehingga sekarang tidak pernah aku ketemui Cina India Melayu bergaduh. Paling tdiak pun selisih faham begitu adalah. Kita berhak untuk tidak bersetuju dalam setipa perkara yang dibincangkan, namun itu bukan bermakna masyarakat Malaysia tidak bersatu.

Sehinggalah sekarang dan sehingga Najib Tun Razak membangkitkan slogan 1 Malaysia, sehingga aku tidak mengerti kenapa konsep ini dilaungkan. Aku rakyat Malaysia dan aku berhak untuk bersuara sedangkan dalam Islam sekalipun seseorang pemimpin dia berhak untuk ditegur. Dalam Islam tidak ada dalil yang menyatakan bahawa seseorang pemimpin itu maksum. Selagi dia bernama pemimpin dan dia dilantik oleh rakyat, maka rakyat ada hak untuk bersetuju termasuklah mengkritik apapun tindakan pemimpin mahupun pemerintah.

Sejak dahulu sehingga sekarang aku melihat Cina India Melayu memang sentiasa bergaul mesra macam sahabat. sebentar tadipun aku sengaja lepak di restoran mamak, ada dua pasangan cina berbual mesra dengan pelayan restoran, cukup harmoni, bergurau senda dan akhirnya sebelum berpisah pasangan cina itu sempat menghulurkan salam "sahabat". Wow, aku berfikir perkara sebegini sudah lama aku lihat sebelum gagasan 1Malaysia ini wujud lagi. sejak aku berumur lima tahun lagi..mentah bukan....

Jadi untuk siapa gagasan 1Malaysia ini?Kenapa ada 1Malaysia ini?dalam Islam sendiri sebagaimana digambarkan dalam Sahifah Madinah sekalipun sudah wujud ketika itu kehidupan masyarakat yang harmoni berbilang bangsa walaupun negara itu diperintah oleh Hukum Islam. Islam sebenarnya agama yang mementingkan keAMANan, keADILan, dan kebebasan anutan agama bagi rakyat dibawahnya serta Islam sama sekali melarang dari diperangi non muslim yang berada dibawah naunagn Islam selagi mereka tidak bertindak menumpahkan darah umat Islam. selagi itu, hak mereka akan terjamin sampai bila-bila.Dalam konteks di Malaysia, Kelantan merupakan contoh terbaik walaupun satu ketika kerajaan Pas kelantan mahu mewujudkan Enakmen Hudud Kelantan namun dihalang Kerajaan Persekutuan. Sehingga sekarang hampir 19 tahun Pas kelantan memrintah Kelantan, MB yang juha Mursyidul Amnya tidak pernah menganaktirikan kaum bukan Islam di Kelantan malahan mereka bebas untuk melaksanakan upacara agama sendiri tanpa sebarang gangguan.

Inilah anjuran Islam. lalu adakah punya persamaan antara konsep gagasan 1Malaysia dengan Prinsip Hubungan sosial yang dianjurkan Islam. Anda jawablah sendiri. Selagi Islam memimpin selagi itu rakyat pasti akan hidup aman bebas dan harmoni, selagi ideologi kebangsaan menjadi pegangan maka usahlah terkejut kalau perkauman menjadi teras kehidupan manusia.

maka pilihlah kalian semua antara ideologi ciptaan Manusia lebih menguntungkan ataukah Prinsip Islam yang diwahyukan Allah lebih menjamin keharmonian manusia...

Isnin, 2 November 2009

Mantan Mufti DiTahan Bagai Penjenayah

Sungguh amat Memalukan dan mengaibkan dalam pemimpin negara kita menguwar-warkan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam, namun masih wujud lagi tindakan terancang menghina ketinggian ulama.selepas penghinaan demi penghinaan keatas hukum Islam berhubung kes sebatan kebatan ke atas bekas model Kartika yang dihukum bersalah oleh Mahkamah Syriah Pahang berhubung kesalahan minum arak oleh JAG, SIS dan beberapa NGO kononnya berjuang mengangkat martabat wanita, berita semalam mengejutkan seluruh warga Malaysia dan pendokong serta pejuang tulen agama apabila mantan Mufti Perlis yang juga ulama terkenal ditahan oleh JAIS atas kesalahan kononnya memberi ceramah tanpa tauliah.

justeru, persoalan yang timbul dan persoalan ini sendiri ditimbulkan oleh Dr Asri sendiri, layakkah beliau sebagai tokoh agama yag hebat dilayan sebegitu rupa?maksudnya disini layakkah dia ditahan bagaikan penjenayah besar apabila lebih dari 30 orang polis digunakan menahan ulama terbabit? memang agak mengaibkan. moga Allah membalas segala tindak tanduk mereka yang terlibat disebalik tangan ghaib yang merancang penangkapan Dr. Asri.

Ya, mungkin bagi sebilangan ahli masyarakat ada yang tidak bersetuju dengan artikel, pendapat mahupun fikrah yang cuba dilontarkan oleh beliau, namun adakah layak bagi kita yang masih kedangkalan ilmu agama, hanyut dibuai ombak duniawi, kabur dengan permata wanita, menentang insan yang cuba mengembalikan dan membawa manusia yang merasakan dirinya sesat untuk pulang kepangkal jalan? Ustaz Asri memang terkenal dengan pelbagai kritikan terhadap isu terkini, kontenperori, melontarkan buah fikiran agama berdasarkan dalil-dalil serta nas yang nyata dari pelbagai sumber ulama, kitab-kitab muktabar dalam mengukuhkan lagi hujahnya tatkala melontarkan hujahan beliau.

saya tidak mahu menghuraikan berkaitan isu antara PGSM dan Dr Asri kerana isu ini sudah menjadi isu nasional...namun sebagai pelajar undang-undang dan sayangnya saya kepada badan penegak keadilan syarie dalam siasah Malaysia ini saya akan meneliti hujahan seterusnya. Walauapa pun bagi saya Ustaz Asri tidak patut diperlakukan sedemikian rupa. Beliau mempunyai pandangan sendiri berdasarkan kajian beliau berdasarkan kitab ulamak muktabar serta ulamak muktabar termasuk pendapat mazhab yang empat. Justeru dalam hal ini tidak timbul isu Dr Asri mencerca ulama berkaitan, mencerca solat hajat. apa yang dilakukan oleh Dr Asri mungkin sekadar kritikan pendapat beliau terhadap tulisan golongan tersebut. apakah salah keadaan sebegitu?

Dan penglihatan saya juga tatkala timbul bantahan daripada puhak berkaitan agar DR Asri untuk tidak menerima jawatan YADIm adalam tepat pada masanya bagi mengelakkan sebarang tohmah dan fitnah yang sering menjadi amalan kehidupan umat Islam Malaysia ketika ini. suatu yang amat mengecewakan apabila tabiat buruk lagi hina ini dijadikan santapan manusia hari ini.

Dalam kecelaruan umat hari ini berperang dengan hinaan yahudi dan kuffar terhadap Islam yang sebenarnya memerlukan kita untuk menggembleng tenaga dalam berhadapan dengan kuffar masih wujud kalangan kita umat Islam yang berperang dengan Islam sendiri. Nilaikan semula diri kita dan jangan cuba menjadi hero dan pujian manusia termasuk mendapatkan popoular murahan walau siapapun kita.

Ahad, 1 November 2009

Perjuangan Tidak Akan terhenti Walau Dengan Ugutan dan Tindakan

Perjuangan tidak terhenti walau dengan ugutan. Selagi ugutan dan ancaman menjadi mainan golongan tertentu untuk menafikan tertegaknya Islam dan Syiarnya secara meneyeluruh selagi itu kemahuan dalam berjihad akan terus bersemadi dalam hati dan jiwa seluruh pendokong Islam, seluruh pendokong keADILAN, seluruh pendokong kebenaran. Ingat, kuffar sedang merancang sesuatu demi melemahkan hayat islam sedikit demi sedkikit dan perancangan rapi serta terancang ini dilakukan dikala seluruh umat Islam leka, lena, hatinya tidur dengan dunia, minda nya kotor dilabui kenaikmatan duniawi, diri kotor dicalari najis kezaliman.

Apa yang berlaku diahadapan mata kita hanyalah sebahagian dari berjuta gambaran dajjal yang sedang bergerak timbul kepermukaan bumi untuk memimpin golongan toghut, memimpin golongan maksiat, memimpin golongan zionisme, facisme, munafik.

Maka tidak akan redha golongan yahudi ini sehinggalah umat Islam itu menjadi pengikut mereka.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab seluruh pejuang Islam pejuang keadilan pejuang kebenaran untuk bersatu hati mengerah tenaga keringat dan menumpahkan sepenuh jiwa raga kepada Islam demi menegakkan Islam, demi memasti golongan Pemusnah Islam diahncur lalu disirnakan dari permukaan bumi Allah ini demi kesucian Islam yang hakiki.

Sejarah mencatatkan pelbagai mehnah dan ujian terpaksa dilalui pejuang Islam sehingga dibunuh, dihina, dienjak, dimalukan dan segala macam celaan dan hinaan lain demi satu hajat untuk mengahalang kemaraan Islam termasuk kemaraan dakwah Islamiah, namun janji Allah akan membela pejuangnya sehingga kehari ini pejuang Islam masih masih melata demi menentang penjahanam Islam.

Jumaat, 30 Oktober 2009

BANGUN SELURUH PEJUANG, MARA TUNTUT KEADILAN TEGAKKAN ISLAM

salam buat pejuang keAdilan, pejuang Islam bangunlah kalian dari tidur dan buaian mimpi yang melalaikan minda dan kekaburan mata kalian dari keindahan dunia yang bersifat sementara. Masa sudah tidak ada buat kita untuk berada dalam kesenangan kemewahan kegembiraan, masa sekarang menuntut seluruh kita mengorbankan segenap tenaga, akal, wang, harta dan segalanya infaqkan segalanya pada jalan Islam, islahkannya untuk kebaikan dan pembangunan umat Islam.

Selagi kuffar bermaharajalela atas muka bumi Allah selagi kuffar bermaharajalela diatas negara Islam selagi kuffar bermaharajalela melata mengaut keuntungan negara Islam selagi kuffar melata atas negara Islam mengugut mengerah megawal negara Islam, selagi kuffar terus memerahkan darah suadara seIslam kita maka selagi itu, pertentangan kita perlawanan kita Jihad kita tiak akan dihentikan sehingga terhapusnya seluruh kuffar yang cuba memusuhi Islam negara ekonomi dan umatnya.

Ayuh saudara agamaku, pastikan disekeliling kamu tidak ada munafik agama yang kononnya membawa agama kononnya melaksanakan agama kononnya memperjuangkan agama tetapi segala tipu muslihat yang nyata untuk mengaburi mata kalian suapaya kalian terus menjadi pengikutnya suapaya klian terus dikaburi dengan muslihat hidup dunia supaya kalian sentiasa mempercayai apa jua yang dikatakan mereka.

Justeru kalian, dua puak dan golongn diatas janganlah didekati apatah lagi untuk dijadikan sahabat bahkan dalam menjadikan mereka pemimpin bagimu mereka sama sekali tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kalian bahkan akan menjurumuskan kalian kelembah neraka jahanam. Apabila telah datang kepada kamu dua orang fasiq membawa berita siasatlah berita itu sebaiknya dan sedalamnya berdasarkan aqal dan iman yang teguh.

Bersihkanlah hati dan jiwa kalian, teguhkanlah iman kalian dengan kalimah Islam, jadikanlah diri kamu pengikut bagi golongan yang bertaqawa yang sentiasa beriltizam mahu mengakkan kalimah Allah di muka bumi Allah ini, yang beriltizam mahu memartabatkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai Dustur Negara, dan bertaqwalah kalian dengan sebenar taqwa, dan perbaikanlah Ibadat kamu sebagaimana janji kita kepada Allah dalam bacaan iftitah semasa solat "SESUNGGUNHNYA SOLATKU HIDUPKU DAN MATIKU HANYALAH UNTUKMU YA ALLAH".

Justeru tidak ada yang lebih indah dari melihat tertegaknya kalimah Allah dimuka Bumi Allah ini dan terlaksananya hukuman berteraskan Islam sebagimana perintah Allah untuk dilaksanakan, maka dari itu jihat diri kita perlu dimulai dari sekarang dan kebencian kita melihat saudara seIslam kita dperkotak-katikan malahan dipermainkan oleh munafiqin dan kuffar dengan bermacam helah dengan mengaut segala keuntungan demi memenuhi kepentingan nafsu diri. Ingatlah kalian kita akan dipersoalkan atas setiap tindak tanduk kita sama ada kita terus meneruskan berdiam diri dari membela Islam, hukum Islam, saudara seIslam dari ditipu munafiq toghut dan musuh Islam, kerna Islam itu bersaudara.

BANGUN!!BANGUN!!!BANGUN!! usah gentar menyata kebenaran usah gentar dalam berjuang menegakkan ke ADILAN untuk semua manusia dimuka bumi ALlah khususnya Islam.

Selasa, 27 Oktober 2009

Acheh Contoh Negara Islam Memartabat Hukum Islam


berita di TV semalam dan akhbar hari ini melaporkan bahawa Acheh salah sebuah wilayah di Indonesia yang sebagaimana diketahui teruk dilanda stunami sehingga melihatkannya umpama Padang Jarak Padang Tekukur kini menjadi pelopor agung kepada mengukuhan dan pelaksanaan undang-undang Syariah di Indonesia utamanya dan di Asia khasnya. Bahkan Acheh sebelum itu juga dikenali sebagai serambi Mekah.

Acheh membuktikan bahawa Hukum Allah bisa dilaksanakan tanpa menjejaskan hak bukan Islam sama ada yang datang kewilayah tersebut atau tinggal diwilayah tersebut. semalam suatu undang-undang baru digubal dimana wanita tidak dibenarkan memakai seluar ketat termasuk seluar jeans ketat dan sekiranya ditahan atas kesalahan tersebut seluar tersebut akan digunting. Apa yang dibenarkan hanyalah seluar longgar begitu juga bagi lelaki tidak dibenarkan sama sekali memakai seluar pendek. akan tetapi undang-undang tersebut tidak terpakai kepada non muslim.

Acheh dalam tahun ini telah menerimapakai keseluruhan undang-undang syariah sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah dan ianya mendapat sokong keseluruhan wakil wilayah tersebut termasuk kebanyakan rakyat jelata walaupun terdapat segelintir pejuang hak wanita cuba membangkitkan isu diskriminasi terhadap wanita sekiranya hukum syariah tersebut dilaksanakan. Namun pada akhirnya ianya diam sahaja.

Malahan sebelum itu Acheh telah beberapa atau acapkali melaksanakan hukuman sebat cara Islam terhadap mereka yang didapati berkhalwat dan hukuman itu dilakukan dihadapan khalayak awam dan dipersaksikan kebanyakkan mereka akan hukuman tersebut.

Sekalung ucapan tahniah draiku buat saudaraku di Acheh kerana kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah selepas ujian yang Allah hantarkan buat kalian berupa peperangan akhirnya stunami teruk yang memperlihatkan kekuasaan Allah memelihara rumahnya (masjid) lalu apa yang terjadi di Padang adalah sebaliknya. Anda tahu hikmahnya?fikirkankanlah.

Lalu di Malaysia diharapkan juga suatu ketika nanti akan wujud suatu wilayah di negara ini yang akan melaksanakan undang-undang syariah di Malaysia

IKLAN AIR ASIA, TIDAK BERMORAL

saya telah lama berdiam diri untuk meluahkan apa yang terbuku di dasar hati. sekian lama terpendam lalu berulangkali memikirkan berkaitan iklan ini, rasanya isi hati saya sudah tidak terpemdam lagi dan saya perlu meluahkan segalanya yang terbuku di hati.

kalian pasti mengerti akan apa yang cuba saya utarakan disini dan inilah menjadi buah mulut ramai pihak khasnya yang prihatin dalam menyatakan bahawa negara ini merupakan negara Islam (Kononya).

"Berkata Benarlah Kamu sekalipun pahit dalam menyampaikan sesuatu ayat"

justeru, persoalan ingin dibangkitkan disini dari perspektif apakah kita mahu menyatakan negara ini sebagai negara Islam. Islam ya mungkin Islam tetapi pastinya ianya Islam plastik. maka lebih awla saya luahkan apa sebenarnya terbuku dihati berkaitan sebuah iklan kononnya diterbitkan untuk mempromosikan Air Asia. Namun sebenarnya lain yang dipromosikan. Dalam iklan tersebut menunjukkan seorang kanak2 yang begitu teruja menaiki pesawat dan ia sebenarnya imbasan atau flashback kenangan Eizlan Yusof semasa menaiki pesawat Air Asia bersama neneknya.

justeru, apakah relevannya iklan tersebut menunjukkan betapa terujanya seorang kanak2 yang dapat melihat peramugari yang seksi melalui perkataan 'HOT" dengan memfokuskan kepada punggung pramugari tersebut dan sikap kanak2 tersebut yang memakai cermin mata melihat payudara pramugari Air Asia.

Persoalannya, apa sebenarnya yang cuba untuk dipromosikan oleh syarikat penerbangan ini sebenarnya?ke'seksian' pramugarinya, tambang murah, layanan bagus oleh anak pesawat Air Asia atau apa?

iklan ini menambah parahkan kebejatan akhlak mereka yang terlibat disebalik pembikinan iklan sebegini apatah lagi sekiranya mereka ialah seorang Melayu Islam. sekiranya dia Melayu, tidak mengapa, malahan tanpa segan silu menyatakan ianya Islam, dari sudut mana atau apa kita kurang pasti...

apatahlah sebelum ini kita domomokkan dengan movie yang menunjukkan persamaan Agama dalam rakyat Malaysia sehingga menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Ingat dalam kita melaungkan 1Malaysia, ia tidak mungkin melibatkan persamaan agama. Islam merupakan Agama tertinggi tidak ada agama lain lebih tinggi dari Islam, dan Islam juga agama rasmi persekutuan. Justeru, Islam bukan sahaja melibat akviti ritual atau ramsi sahaja malahan Islam melibatkan segala aspek termasuk penegakkan Hukum Syariah secara menyeluruh bukan hanya sekadar ekonomi sahaja.

Justeru, Iklam sebegini harus dibanteras sebanterasnya kerana tidak ada satu input positif dapat diteladani dari iklan merapu sebengini dan mengundang kemurkaan Allah.

Isnin, 26 Oktober 2009

Perlukah EGM buat PAS?

bukanlah suatu yang mengejutkan tatkala seseorang yang dilihat sebagai istiqamah dalam perjuangan apatah lagi di barisan memperjuangkan Islam. Apa yang dimaksudkan ialah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Pesuruhjaya PAS Kelantan dan juga Menteri Besar Kelantan. Tok Guru sebagaimana yang dikenali umum tidaklah sama dengan pempimpin yang kerana setiap tindakan Tok Guru selalunya dilakukan berdasarkan fakta dan pendapatnya yang diutarakannya pasti bersandarkan kepada suatu hujah yang amat kukuh tanpa berlandaskan aqal semata.

Begitu juga apa yang berlaku baru-baru ni apabila Tok Guru mengusulkan bahawa PAS seharusnya mengadakan EGM nya sendiri dan bagi membezakan EGM yang dilakukan UMNO dan MCA, EGM bagi PAS lebih dikenali sebagai Muktamar Khas. Tujuannya tidak sebagaimana dinyatakan Tok Guru ialah untuk menyelesaikan masalah kepimpinan PAS termasuk sebagaimana yang dipolimikkan dimedia massa sebagai ProKerajaan Perpaduan.

Sungguhlah amat mengejutkan dikala Pakatan Rakyat menghadapi krisis kepercayaan rakyat jika betul bagai dikata dalam blok Lim Kit Siang, Pas sebagai wadah politik yang sudah lama dengan sepak terajang dunia politik perlu menyelesaikannya dengan baik dan telus termasuk mengutamakan kedamaian dengan mengehentikan segera polimik yang mampu membuka ruang kepada musuh untuk mengkucar-kacirkan kepimpinan Pas dan secara langsung menyebabkan Rakyat mula berfikir semula"sedangkan Pas sendiri bergaduh kalangan mereka bagaimana mau selesaikan masalah rakyat".

Seterusnya, kewujudan sesuatu Parti itu khususnya PAS pada awal penubuhannya merupakan suatu wadah untuk mengangkat Panji Islam terus menegakkan Islam secara syumul di Malaysia berteraskan al-Quran dan al-Sunnah dan mengembalikan kejahilahan rakyat kepada kemurnian Islam. justeru, perbalahan sebegini seharusnya dihentikan seberapa segera dan kembali atau meletakkan semula objektif perjuangan Pas sebagaimana yang dirancang awal dan termaktub dalam perlembagaan Pas sebagai keutamaan.

Maka dengan itu keharusan EGM Pas ini lebih menjurus sekiranya suatu masalah yang kritikal timbul melibatkan keahlian Parti barulah EGM ini tidak dapat dielakkan dan ianya menjadi suatu keperluan, sekiranya hanya melibatkan masalah kecil yang mampu ditangani secara rundingan atau musyawarah maka lebih baik digunakan cara sebegitu.

Barang diingat, rakyat dibawah menilai setiap apa yang berlaku, mereka dalam proses penilaian mungkin juga akan melakukan perubahan sebagaimana disebut PR KERAJAAN YANG DITUNGGU, andai inilah yang berlaku, apakah tanngungjawab kita untuk mengembleng akal dan tenaga untuk meletakkan Islam sebagai pentadbir utama Negara Malaysia harus dikorbankan sebegitu sahaja dengan perbalahan beberapa kepimpinan PAS?

tepuk dada tanya iman tanya hati.....

Selasa, 20 Oktober 2009

Jahilyyah Melayu Islam


Sejak kebelakangan ini kes pembuangan anak semakin meningkat malahan menjadi. tulisan ini lebih bertumpu kepada kaum Melayu sama ada ianya Islam atau tidak asalkan ianya Melayu. Sekali lagi ingin saya terangkan dan perjelaskan bahawasanya tidak pernah tercatat dalam sejarah penurunan wahyu hatta dalam al-Quran sekalipun menyatakan Melayu itu Islam. Cukuplah mentaliti kita mengaitkan Melayu itu dengan Islam.

Melayu merupakan suatu bangsa berlainan dengan Islam ianya merupakan satu agama Mulia dan tertinggi tidak ada agama lain setinggi dan semuli Islam. Catatatn kali ini lebih menumpukan kepada kes anak luar nikah atau ada bagi sesetengah pihak mengklasifikasikan anak tersebut sebagai anak haram.

apa yang mengecewakan ialah kebanyakkan berlaku kepada anak Melayu Islam sendiri. sikap mengikut hawa nafsu keseronokan dunia bersifat sementara antara faktor pencetus kepada peningkatan gejala ini. kefahaman agama yang amat cetek sehingga menyebabkan golongan ini tidak tahu dalam membezakan antara buruk baik sesuatu tindakan tersebut. seringkali juga apabila berlakunya gejala seperti ini akan muncullah stigma menyalah ibubapa. ada betulnya juga kerana ibu bapanya yang perlu mencorakkan anak tersebut mengikut warna yang bersesuaian dengan kehidupan anak tersebut kelak. Putih coraknya maka akan sempurnalah kehidupan anak tersebut bila dewasa kelak kalau hitam coraknya maka buruklah kehidupan masa hadapan anak itu nanti.

atas dasar inilah Islam meletakkan satu garis panduan yang kukuh dan batu atas yang betul cara bagaimana untuk mendidik seseorang anak tersebut dan dalam hal ini sebegini Allah mewasiatkan kepada cara mendidik anak iaitulah berdasarkan surah al-Luqman yang didalam nya terkandung begitu banyak nasihat berguna

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Surah Luqman; ayat 12

Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

Hai anakku; orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukan oleh mu, maka marahnya ibubapa terhadap mu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

Hai anakku; Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

Hai anakku; Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

Hai anakku; seseorang pendusta akan lekas/cepat hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar.. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian/nasihat kepada orang yang tidak mahu mengerti atau mendengar nasihat.

Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

Hai anakku; Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang merbahaya.

Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

Hai anakku; janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan apa sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan apa saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

Hi anakku; Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

Hai anakku; selalulah baik tuturkata dan halus budi-bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang yang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

Hai anakku; Jadikanlah dan jagalah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan celaan pada dirimu.

Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

Hai anakku; usahakanlah dan jagalah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

Hai anakku; Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata-kata yang mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dari berkata-kata kotor tentu akan menyesal.

Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur yang selalu disirami air hujan.

Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Justeru kebanjiran anak luar nikah Melayu Islam yang semakin menjadi ini adalah berbalik kepada bagaimana anak itu ditarbiyah di rumah. sikap yang begitu seronok dalam melakukan maksiat (couple) tanpa batasan menmbah parahkan kejadian seumpama ini. Sebagaimana dilaporkan oleh Harian Metro sebelum ini akan kenyataan beberapa remaja yang menghuni KEWAJA suatu pusat pemulihan yang ada kalangan mereka menyatakan bermula dengan keseronokan melakukan zina tersebut kemudian bertikar menjadi ketagihan, dan perbuatan terkutuk dilakukan sehingga kerumah sewa teman lelakinya dan apabila telah mengandung lalu bertindak pula untuk menggugurkan kandungan tersebut termasuk memakan buah nenas. Sdah lah melakukan maksiat sanggup pula membunuh anak tidak berdosa!!manakala seorang lagi pula menyatakan bahawa dia tidak bercinta dengan mana lelaki, namun hanya berkawan dengan dua orang lelaki semasa praktikal dan akibat jauh dari keluarga dan terasa sunyi sehingga menjadikan dua lelaki tersebut kawannya sehingga sanggup kemana sahaja termasuk ke disko, dan apabila mabuk dia telah ditiduri oleh dua lelaki tersebut.

firman Allah s.w.t. dalam surah al-Kahfi ayat 46. Terjemahan : Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia. Mereka merupakan perhiasan hidup di dunia, permata hati dan penyejuk mata seperti firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Furqan ayat 74, Terjemahan : Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri dan anak-anak yang menyenangkan hati kami.

Malahan dalam kes terbaru seorang anak ditinggal di wakaf sebuah masjid bersama nota menyatakan bahawa siibu terpaksa bertindak demikian kerana dia teraniya dan menjadi mangsa keadaan.

Ingatlah bahawa beza antara Manusia dan Haiwan ialah Akal. Allah meletakkan akal manusia ditempat yang begitu tigggi iaiti diatas kepala kita, sedangkan haiwan tidak punya akal, namun masih tahu menyayangi anaknya. Anda boleh bezakan antara manusia dan haiwan siapa paling bodoh dalam hal menyayangi anak!!!Maka sesungguhnya manusia sudah kembali kepada zaman Jahiliah zaman yang mana kegelapan memnuhi ruang kotak kehidupan manusia namun kejadian pembuangan dan pengguguran anak pada zaman moden ini menunjukkan lagi betapa manusia sekarang lebih teruk daripada zaman jahiliyyah terdahulu.

firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Dan apabila seseorang daripada mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah. Dia menyembunyikan dirinya daripada orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu."

kESIMPULANNYA

segala yang berlaku menuntut setiap umatnya (Islam) agar memperjuangkan supaya Hukum Islam ditegakkan secara menyeluruh dibumi Malaysia malahan juga diseluruh dunia. Hanya Islam sahaja yang mampu untuk menyelesaikan segala kemelut kepincangan akhlak manusia seperti yang diperjuangkan nabi Muhammad s.aw dalam membentuk akhlak manusia jahilyyah sehingga terpaksa menempuh segala onak duri darah dan harta sehingga terpancarnya nur Islam di jazirah arab malahan keserata Dunia Islam ketika itu.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu berusaha untuk mengubah diri mereka sendiri.

Selain itu pendidikan anak2 juga bermula dari rumah dengan mengukuhkan pemahaman dan penghayatan ahli isi rumah kepada pemahan Islam yang syumul berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Tahrim, ayat 6.
Terjemahan :
Hai orang-orang yang beriman, lindungilah diri dan
keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri
daripada manusia dan batu.

Ingatlah bahawa anak itu walaubagaimana jua taraf atau persepsi yang diberikan oleh masyarakat anak itu tidak berdosa. anak itu ibarat kain putih. yang berdosa yang menyebabkan nak itu dilabelkan sebagai anak tidak sah taraf ialah ibunya sendiri dan bapa yang menyebabkan anak itu dilahirkan.

Firman Allah:

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina (belum kahwin) hendaklah disebat dengan 100 sebatan

Firman Allah

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina (belum kahwin) hendaklah direjam dengan batu

dan kedua2 hukuman tersebut perlu dipersaksikan oleh sekalian kaum muslimin.

Lalu bertaubatlah sekalian wanita dan lelaki yang telah berzina dan membunuh anak yang tdak berdosa. Ingat didunia anda membunuh mereka, membuang mereka, menggugurkan mereka diakhirat mereka akan mempersaksikan dosa kita dihadapan Allah Ta'ala. dua hukuman di atas baru bersifat hukuman didunia lalu bagaimana diakhirat? lalu bagaimana mereka yang acapkali berzina mengandung gugur atau buang anak lalu ulangi lagi perkara sama ingat, dikahirat segala tindakan kita didunia akan ditayangkan oleh Allah diakhirat.

Persoalannya:

Dengan Akhlak kita yang seperti ini bisakah kita mengaku kita umat Islam
dengan akhlak kita seperti ini bisakan kita mengaku kita umat Muhammad
dengan akhlak kita seperti ini masihkan kita mengharapkan Nabi Muhammad akan mensyafaatkan kita diakhirat kelak?tidak malukah kita meminta muhammad syafaatkan kita?

AMANAH ALLAH DIKHIANATI


Sejak kebelakangan ini kes pembuangan anak semakin meningkat malahan menjadi. tulisan ini lebih bertumpu kepada kaum Melayu sama ada ianya Islam atau tidak asalkan ianya Melayu. Sekali lagi ingin saya terangkan dan perjelaskan bahawasanya tidak pernah tercatat dalam sejarah penurunan wahyu hatta dalam al-Quran sekalipun menyatakan Melayu itu Islam. Cukuplah mentaliti kita mengaitkan Melayu itu dengan Islam.

Melayu merupakan suatu bangsa berlainan dengan Islam ianya merupakan satu agama Mulia dan tertinggi tidak ada agama lain setinggi dan semuli Islam. Catatatn kali ini lebih menumpukan kepada kes anak luar nikah atau ada bagi sesetengah pihak mengklasifikasikan anak tersebut sebagai anak haram.

apa yang mengecewakan ialah kebanyakkan berlaku kepada anak Melayu Islam sendiri. sikap mengikut hawa nafsu keseronokan dunia bersifat sementara antara faktor pencetus kepada peningkatan gejala ini. kefahaman agama yang amat cetek sehingga menyebabkan golongan ini tidak tahu dalam membezakan antara buruk baik sesuatu tindakan tersebut. seringkali juga apabila berlakunya gejala seperti ini akan muncullah stigma menyalah ibubapa. ada betulnya juga kerana ibu bapanya yang perlu mencorakkan anak tersebut mengikut warna yang bersesuaian dengan kehidupan anak tersebut kelak. Putih coraknya maka akan sempurnalah kehidupan anak tersebut bila dewasa kelak kalau hitam coraknya maka buruklah kehidupan masa hadapan anak itu nanti.

atas dasar inilah Islam meletakkan satu garis panduan yang kukuh dan batu atas yang betul cara bagaimana untuk mendidik seseorang anak tersebut dan dalam hal ini sebegini Allah mewasiatkan kepada cara mendidik anak iaitulah berdasarkan surah al-Luqman yang didalam nya terkandung begitu banyak nasihat berguna

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Surah Luqman; ayat 12

Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

Hai anakku; orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukan oleh mu, maka marahnya ibubapa terhadap mu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

Hai anakku; Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

Hai anakku; Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

Hai anakku; seseorang pendusta akan lekas/cepat hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar.. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian/nasihat kepada orang yang tidak mahu mengerti atau mendengar nasihat.

Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

Hai anakku; Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang merbahaya.

Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

Hai anakku; janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan apa sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan apa saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

Hi anakku; Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

Hai anakku; selalulah baik tuturkata dan halus budi-bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang yang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

Hai anakku; Jadikanlah dan jagalah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan celaan pada dirimu.

Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

Hai anakku; usahakanlah dan jagalah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

Hai anakku; Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata-kata yang mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dari berkata-kata kotor tentu akan menyesal.

Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur yang selalu disirami air hujan.

Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Justeru kebanjiran anak luar nikah Melayu Islam yang semakin menjadi ini adalah berbalik kepada bagaimana anak itu ditarbiyah di rumah. sikap yang begitu seronok dalam melakukan maksiat (couple) tanpa batasan menmbah parahkan kejadian seumpama ini. Sebagaimana dilaporkan oleh Harian Metro sebelum ini akan kenyataan beberapa remaja yang menghuni KEWAJA suatu pusat pemulihan yang ada kalangan mereka menyatakan bermula dengan keseronokan melakukan zina tersebut kemudian bertikar menjadi ketagihan, dan perbuatan terkutuk dilakukan sehingga kerumah sewa teman lelakinya dan apabila telah mengandung lalu bertindak pula untuk menggugurkan kandungan tersebut termasuk memakan buah nenas. Sdah lah melakukan maksiat sanggup pula membunuh anak tidak berdosa!!manakala seorang lagi pula menyatakan bahawa dia tidak bercinta dengan mana lelaki, namun hanya berkawan dengan dua orang lelaki semasa praktikal dan akibat jauh dari keluarga dan terasa sunyi sehingga menjadikan dua lelaki tersebut kawannya sehingga sanggup kemana sahaja termasuk ke disko, dan apabila mabuk dia telah ditiduri oleh dua lelaki tersebut.

firman Allah s.w.t. dalam surah al-Kahfi ayat 46. Terjemahan : Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia. Mereka merupakan perhiasan hidup di dunia, permata hati dan penyejuk mata seperti firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Furqan ayat 74, Terjemahan : Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri dan anak-anak yang menyenangkan hati kami.

Malahan dalam kes terbaru seorang anak ditinggal di wakaf sebuah masjid bersama nota menyatakan bahawa siibu terpaksa bertindak demikian kerana dia teraniya dan menjadi mangsa keadaan.

Ingatlah bahawa beza antara Manusia dan Haiwan ialah Akal. Allah meletakkan akal manusia ditempat yang begitu tigggi iaiti diatas kepala kita, sedangkan haiwan tidak punya akal, namun masih tahu menyayangi anaknya. Anda boleh bezakan antara manusia dan haiwan siapa paling bodoh dalam hal menyayangi anak!!!Maka sesungguhnya manusia sudah kembali kepada zaman Jahiliah zaman yang mana kegelapan memnuhi ruang kotak kehidupan manusia namun kejadian pembuangan dan pengguguran anak pada zaman moden ini menunjukkan lagi betapa manusia sekarang lebih teruk daripada zaman jahiliyyah terdahulu.

firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Dan apabila seseorang daripada mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah. Dia menyembunyikan dirinya daripada orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu."

kESIMPULANNYA

segala yang berlaku menuntut setiap umatnya (Islam) agar memperjuangkan supaya Hukum Islam ditegakkan secara menyeluruh dibumi Malaysia malahan juga diseluruh dunia. Hanya Islam sahaja yang mampu untuk menyelesaikan segala kemelut kepincangan akhlak manusia seperti yang diperjuangkan nabi Muhammad s.aw dalam membentuk akhlak manusia jahilyyah sehingga terpaksa menempuh segala onak duri darah dan harta sehingga terpancarnya nur Islam di jazirah arab malahan keserata Dunia Islam ketika itu.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu berusaha untuk mengubah diri mereka sendiri.

Selain itu pendidikan anak2 juga bermula dari rumah dengan mengukuhkan pemahaman dan penghayatan ahli isi rumah kepada pemahan Islam yang syumul berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Tahrim, ayat 6.
Terjemahan :
Hai orang-orang yang beriman, lindungilah diri dan
keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri
daripada manusia dan batu.

Ingatlah bahawa anak itu walaubagaimana jua taraf atau persepsi yang diberikan oleh masyarakat anak itu tidak berdosa. anak itu ibarat kain putih. yang berdosa yang menyebabkan nak itu dilabelkan sebagai anak tidak sah taraf ialah ibunya sendiri dan bapa yang menyebabkan anak itu dilahirkan.

Firman Allah:

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina (belum kahwin) hendaklah disebat dengan 100 sebatan

Firman Allah

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina (belum kahwin) hendaklah direjam dengan batu

dan kedua2 hukuman tersebut perlu dipersaksikan oleh sekalian kaum muslimin.

Lalu bertaubatlah sekalian wanita dan lelaki yang telah berzina dan membunuh anak yang tdak berdosa. Ingat didunia anda membunuh mereka, membuang mereka, menggugurkan mereka diakhirat mereka akan mempersaksikan dosa kita dihadapan Allah Ta'ala. dua hukuman di atas baru bersifat hukuman didunia lalu bagaimana diakhirat? lalu bagaimana mereka yang acapkali berzina mengandung gugur atau buang anak lalu ulangi lagi perkara sama ingat, dikahirat segala tindakan kita didunia akan ditayangkan oleh Allah diakhirat.

Persoalannya:

Dengan Akhlak kita yang seperti ini bisakah kita mengaku kita umat Islam
dengan akhlak kita seperti ini bisakan kita mengaku kita umat Muhammad
dengan akhlak kita seperti ini masihkan kita mengharapkan Nabi Muhammad akan mensyafaatkan kita diakhirat kelak?tidak malukah kita meminta muhammad syafaatkan kita?