TEGAKKAN KHILAFAH

Isnin, 28 Disember 2009

Lakukan Perubahan Pada Pilihan Raya Ke-13

Sudah sebulan rasanya jari ini tidak menyentuh butang huruf pada keyboard komputer, memandangkan kesibukan sebagai seorang pelajar menuntut lebih banyak masa dibazirkan pada buku bukan pada selainnya yang bersifat sampingan, namun usaha dan keingingan demi melihat suatu landskap baru perubahan dalam politik Malaysia semakin kuat dan tidak semudah itu untuk aku berhenti dari bersuara mencoretkan buah fikiranku.

dan selama tempoh itu pelbagai isu mulai timbul diketika aku menonton berita dikaca TV termasuklah buletin utama, berita TV9, News @7, Berita RTM, dan banyak lagi yang memaparkan berita bukan sahaja seakan boleh disebut penualan maruah keselamatan negara malahan sehinggalah kepada akhlak manusia yang sudah melampaui tahap kebinatangan.

Pertama: Tahniah kepada Pakatan Rakyat yang berjaya menganjurkan Konvensyen Pertama mereka di Dewan MBSA Shah Alam yang menunjukkan kejituan kesepakatan dan semangat integriti yang kuat demi melakukan perubahan mendadak dalam siasah Malaysia. Pada masa sama menggentarkan UMNO-BN yang sebelum begitu hebat mencanangkan bahawa kesepakatan parti PAS, keADILan Rakyat dan DAP hanya retorik kosong dan bakal tersungkur menyembah bumi bila tiba masanya.

Kedua: sepanjang tempoh sebulan itu juga berita tentang akhlak anak yang boleh dianggap begitu derhaka malahan golongan tersebut sememangnya tidak layak untuk dianggap anak. Sudahlah menghantar ibu kerumah penjagaan orang tua sehingga tidak datang menjenguk malahan juga kebiadaban mereka semakin bertambah disaat pengebumian arwah ibu mereka sehingga mereka sanggup membelakangkan adat dan agama dengan bergaduh ditanah perkuburan ibu mereka yang masih merah semata untuk merebut harta arwah.

ketiga: kebejatan akhlak kalangan manusiawi semakin terhakis sehingga tergamak untuk melangkaui sikap kebinatangan dengan mendera, membuang anak mahupun janin yang tidak berdosa. anak-anak yang baru lahir dibuang tanpa belas kasihan sedangkan anak tersebut dilahirkan dalam keadaan fitrah namun belum sempat mengenal dunia mereka telah disepak terajang dibunuh tanpa alasan munasabah. Dalam sebuah rancangan di kaca TV minggu lepas, seorang tetamu yang diundang dari sebuah rumah perlindungan ketika mana beliau diajukan persoalan oleh moderator lantas dia menjawab pada awalnya beliau memang mempunyai niat untuk menggugurkan kandungannya. Inilah yang dikatakan jahiliah modern tidak tahu menilai sifat haiwan dan manusia mana lebih mulia.

keempat: dari huraian points ketiga tadi saya mahu kalian menilai keadaan ini: dalam sebuah rancangan dikaca tv juga rancangan dokumentari cukup sekadar aku ambil contoh haiwan yang digelar tasmania begitu sayang dan kasihkan anaknya apatah lagi buaya haiwan yang begitu ganas itupun tidak sanggup untuk membunuh anaknya, cukup dari contoh dua haiwan tadi menggambarkan kepada kita siapa meniru sifat siapa dan sifat siapa lebih mulia manusia atau haiwan dalam hal kasih sayang kepada anak mereka?

kelima: menggemparkan negara itulah yang boleh dicakapkan apabila berita kehilangan enjin jet pejuang yang sudah berlaku sejak 2007 sehingga sekarang baru dimulakan siasatan? dimana SPRM yang begitu hebat tatkala menerima laporan tentang pembangkang tetapi sambil lewa dalam menyiasat dalam disebalik kejadian menggemparkan ini. RM50 juta itulah harga sebuah enjin jet pejuang yang dikatakan hilang tersebut. 2007 siapa menteri pertahanan dan siapa perdana menteri? saya mohon mereka yang bekerja di Kementerian Pertahanan pada ketika enjin jet itu hilang menyalurkan maklumat tanpa gentar.....

keenam: Isu PKFZ yang masih belum berkesudahan sekalipun beberapa anak bilis sudah dihadapkan kepengadilan namun rakyat masih menunggu Jerung Besar yan

Sabtu, 19 Disember 2009

Tahun Baru Hijrah Pemangkin Perubahan Islam

Alhamdulillah tanggal 18 hb 12 2009 umat Islam sekali lagi dapat dipertemukan dengan tahun baru dalam kalendar Islam iaitu 1 Muharam tahun 1431 Hijrah tahun yang penuh sinonim dengan sirah hijratunnabi Muhammad s.a.w dari Makkah ke Madinah. Muharram juga yang turut dikenali sebagai salah satu daripada bulan-bulan Islam yang juga bulan berkat disisi Allah s.w.t yang didalamnya terkandung pelbagai hikmah yang tersirat menuntut pemahaman umat Islam amnya serta pendokong gerakan Islam untuk menghayati sepenuhnya intipati himah bulan Muharram bulan Hijrah.

Justeru sinonim juga tatkala muncul tahun baru memang menjadi amalan dan sikap manusiawi sama ada ianya umat Islam atau non muslim perkara yang dianggap mungkin hendak dikatakan adat pun tidak juga malahan lebih kepada kebiasaan iaitulah yang azam. Namun dalam ajaran Islam islam lebih menggalakkan umatnya untuk memasang niat sebagaimana hadis Nabi....

"Segala amal tergantung pada niatnya dan bagi setiap orang adalah apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya (benar-benar) kepada Allah dan Rasul-Nya dan barangsiapa hijrahnya karena dunia yang ingin diraihnya atau perempuan yang akan dinikahinya, maka (nilai) hijrahnya tergantung kepada sesuatu yang ia berhijrah kepadanya" (Al-Bukhari menyebutkan secara ringkas no.1 dan lihat ujungnya di sana. Dikeluarkan oleh Muslim 1907, Abu Daud 2201, at Tirmidzi 1647, an-Nasa'i 1/58-60, 6/158 dan Ibnu Majah 4227)

maka, dalam konteks siayah di Malaysia sekarang tuntutan dakwah Islam masih lagi menerima cengkaman dan tribulasi dari pihak yang takut dengan ayat-ayat Allah yang segalanya merupakan kebenaran berhubung hak, keadilan, kontrak sosial, perniagaan, halal haram termasuk muamalah sesama umat. Usaha dakwah yang dipelopori bukan sahaja oleh ulama' namun ianya termasuklah oleh cendekiawan Islam ilmuan Islam hatta sehinggalah kepada golongan artis yang telah sekian lama terjun kelembah dunia namun akhirnya sedar dari lamunan duniawi untuk kembali bersama dijalan Allah dan membawa sinar dakwah Muhammad s.a.w. Lalu jika dilihat dalam konteks di Malaysia berapa artis yang telah berhijrah dari dunia glamor mereka antaranya:

a. Amy Seacrh : Antara kenyataannya yang dapat saya petik ketika menjadi tetamu Wanita
Hari Ini dimana beliau menyatakan bahawa kehidupan ini merupakan suatu
pencarian dan beliau telah menemui benda yang dicari itu, dan hidup ini harus
lah tidak dapat lari dari sentiasa memikirkan tentang dia (ALLAH).
b. Ustaz Rodzi : Bekas Penyanyi kumpulan rock era 60-an yang tekenal dengan lagu hitsnya
"cinta untuk nabila" kumpulan Malisa juga jauh penghijrahannya kedalam
jalan Allah : Apa katanya "bukan semua penyanyi itu jahat atau tidak baik
kalau mereka tetap melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan
Allah sekalipun masih menyanyi maka mereka adalah baik
c. Ustaz Akhil Hayy : bekas penyanyi kumpulan De Ri'yadh ini juga telah mendahului sahabat
dari kumpulan rock yang lain berhijrah menyampaikan ayat-ayat Allah
dan ajaran sunnah Nabi Muhammad s.a.w
d. Jiggo : Vokalis kumpulan Arrows juga telah berhijrah menjadi pengikut sebuah gerakan Islam

Sekadar menyebut beberapa nama artis di atas yang sememang kita tidak menafikan mereka punya pengikut yang tersendiri bukan menafikan artis lain yang turut berhijrah sama ada wanita mahupun lelaki kerana hijrah seseorang itu pelbagai.

Dakwah

Juateru apabila kita membicarakan berkaitan dakwah di Malaysia alhamdulillah walaupun Ulama di Malaysia boleh dikatakan belum bebas sepenuhnya untuk menjalankan kegiatan dakwah mereka kerana terikat dengan pelbagai enekman mahupun akta sama ada diperingkat negeri mahupun pusat namun dalam negeri-negeri ditadbir Pakatan Rakyat alhamdulillah dakwah dan tazkirah mampu digerakkan di setiap masjid mahupun surau. Peranan yang dimainkan amatlah baik program disetiap masjid digerakkan semaksimum mungkin sebagai contoh di Selangor diwujudkan sambutan bulan Jihad amatlah bersesuaian dengan Tahun Baru Hijrah ini yang menuntut setiap rakyat bukan sahaja Muslim malahan juga kepada non muslim untuk berhijrah membuat perubahan dalam politik tanah air.

Pendapat Dr Yusof al-Qradhawi seharusnya diberikan perhatian utama dalam program muhadharah perdana sempena sambutan Ma'al Hirah di PICC Putrajaya menyatakan bahawa intrumen dakwah seharusnya digunakan sepenuh mungkin untuk menyebarkan dakwah antara instrumen tersebut ialah Internet, Blog, dan sebagainya menstilah digunakan sebaik mungkin untuk menyebarkan dakwah kepada seluruh manusia bukan sahaja kepada umat Islam malahan juga kepada bukan Islam agar mereka dapat mengenali dan menghayati akan keindahan Islam itu sendiri.

Betapa segala kepincangan dalam pentadbiran kerajaan sejarang menuntut rakyat melakukan perubahan agar segala kebobrokan yang dimainkan oleh pihak-pihak ini terutama dalam soal kezaliman, keadilan, kronisma dan nepotisme, hinaan terhadap syariat Islam dan semangat perkauman yang amat kuat dimainkan pihak-pihak terlibat seharusnay dihentikan terus sebelum keadaam menjadi parah. saya juag berpendirian bahawa setiap agama juga mempunyi pandangan yang sama untuk menolak segala unsur jahat dan menerima kebaikan dalam kehidupan pengikutnya.

oleh itu setiap kita adalah bertanggungjawab untuk mengubah dasar ini dengan pelbagai cara yang difikirkan sesuai dan salah satu caranya ialah melalui kuasa undi, walaupun ianya merupakan jalan yang dianggap tidak selari dengan ajaran Islam namun Islam itu indah dan para ulamak juga punya pandangan tersendiri dalam mengharuskan kewujudan parti politik dan pengundian ini. Jadi sekiranya dengan cara ini Islam mampu dibangkitkan semula sebagaimana asal, hukum Islam mampu ditegakkan semula sebagaiman asal, keadilan saksama mampu ditegakkan, hubungan baik sesama kaum mampu direalisasikan, hak rakyat dapat diangkat dan suara rakyat yang tertindas dapat dijulang, maka perubahan melalui kuasa undi menjadi satu keharusan. kerana setiap undi yang kita berikan tersebut kita akan disoal di yaumul mahsyar kelak...

Sekian
Iskandar Shah
Hijrah Satu Perubahan
Suara Agung Mahasiswa (KUIS)
20/12/2009-1431 Hijrah

Selasa, 15 Disember 2009

SYABAB MELAYU ATAU ISLAM

Semalam aku lepak di sebuah restoran di Sri Putra bangi Selangor, mungkin catatan ku ini sebahagian antara berjuta sikap melibatkan anak remaja melayu Islam. apakah ini generasi yang akan kita tinggalkan atau wariskan negara ini kepada mereka?

1-Pergaulan dikalangan anak remaja sekarang semakin menjadi-jadi teruknya, tanpa batasan apatah lagi dalam kepedulian terhadap halal haram yang digariskan syarak.

2-Apakah golongan ini faham asal larangan dalam Islam, atau lupa atau sekadar buat-buat tidak faham.

3-Ajaran agama sudah diajar disekolah sejak sekolah rendah lagi apakah masih belum mampu untuk mendidik mereka tentang batasan halal haram pergaulan antara lelaki muhrim dan bukan muhrim..

4-Apakah dirumah suasananya begitu menjurus kepada pentarbiyahan anak-anak termasuk lah ahli keluarga kepada bi'ah atau suasana atau persekitaran Islamiah atau dirumah bi'ahnya tiada didikan Islamiah yang sempurna?

5 Hayatilah firman Allah ini "Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari bahan bakaran api neraka".....masih menafikan lagi...

6-Ingatkah kalian akan larangan Allah dari menghampiri zina " Dan jangan kamu menghampiri zina"

7-Mungkin sudah tiba masanya untuk dikaji semula oleh pihak berwajib untuk pengasingan Melayu sebagai sebuah bangsa dan Islam sebagai sebuah agama suci kerana tidak pernah selama pengutusan rasul-rasul dan Nabi-bani yang diturunkan wahyu kepada mereka termasuklah kenyataan Allah melalui firman-Nya menyatakan bahawa "MELAYU ITU ISLAM DAN ISLAM ITU MELAYU"..Sedangkan pengutusan Nabi Muhammad s.a.w itu sendiri adalah kedalam bangsa Aran dan sepatutnyalah Bangsa Arab dimuliakan Allah dan oleh Nabi sendiri tetapi Nabi sendiri tidak memuliakan bangsanya...

8-lojiknya apa?kerana kebejatan sosial dan akhlak anak Melayu yang dikatakan Islam sendiri telah memalukan Islam sebagai agama suci termasuklah menghina agama Islam dihadapan bukan Islam menyebabkan bukan Islam memandang serong kepada agama Islam.

9-Apa puncanya ? mungkinkah hiburan berlebihan yang menguasai media negara..cuab kita lihat ini, kelau betul iyakan kalau salah sila kritik saya, saya terima dengan hati terbuka :

a- Berapa banyak rancangan agama yang disiarkan di kaca televisyen dan berapa banyak pula rancangan berunsurkan hiburan?

b-berapa lama had siaran sesebuah rancangan agama di siarkan dikaca televisyen dan berapa lama pula had masa yang diberikan untuk disiarkan rancangan berunsurkan hiburan?

c-Berapa banyak iklan yang disiarkan oleh media khususnya elektronik semasa rancangan agama keudara dan berapa banyak pula iklan yang disiarkan ketika rancangan berunsur hiburan keudara?

10-Kejadian rogol, khalwat(persetubuhan haram), kelahiran anak luar nikah, kes pembuangan bayi yang dilahirkan hasil persetubuhan haram, siapa nak disalahkan?masyarakat?ibu bapa? saudara mara?atau siapa? kalau diri sendiri yang tak tahu nak jaga maruah diri sehingga dirogol sepatutnya disebut Padan Muka...Harap Agama sahaja Islam tapi tak nak ikut Islam

11- Dalam Harian Mtero Hari ini Muka Depan bertajuk "Adegan Terlampau" seoarang anak gadis berusia 14 berasmara dengan lima lelaki video itu ditunjukkan melalui telefon bimbit dan dilihat oleh si bapa yang mengucap panjang(terkejut)....Subhanallah.....

Akhirnya menuntut fikrah dan gandingan bahu semua pihak terutama melayu Islam khususnya dan bukan Islam amnya untuk menilaikan kembali keberkesanan pelaksanaan Undang-undang Syarih (hudud dan qisas) dalam konteks Malaysia. Untuk kefahaman non Muslim juga Hukuman Islam tidak melibatkan non Muslim jadi saudaraku yang bukan Islam tidak perlulah khawatir atau risau seandainya hukuman Islam Hudud Dan Qisas ini dilaksanakan keraana Ianya hanya melibatkan orang Islam saja.

Jelaslah bahawa Hukum Allah lebih praktikal untuk menyelesaikan kebejatan akhlak muda mudi masa kini yang kian hanyut dengan nodaan dunia dan apa yang ditinggalkan oleh penjajah dan dijadikan amalan oleh pemerintah sekarang....

AYUH SAUDARA KU BERTINDAKLAH UNTUK BERUBAH SEBELUM KEADAAN SEMAKIN PARAH

ISKANDAR SHAH
SUARA AGUNG MAHASISWA (KUIS)
RABU : 1.36 ptg

Antara Perkauman dan Perpaduan Melalui Cara Islam

Agak lama juga saya tidak mencoretkan sisipan blog ini untuk peringatan bersama. Sejak kebelakangan ini masyarakat kita dimomokan dengan isu pengharaman kursus biro tatanegara oleh kerajaan negeri Selangor (BTN) ke atas seluruh warga Selangor termasuklah terhadap Institusi pendidikan dibawah naungan kerajaan negeri terbabit. Ini berikutan BTN yang yang dikatakan elimen kursusnya mengamalkan bidaya rasis aau perkauman dalam kursusnya. Tindakan ini diambil oleh kerajaan negeri atas dasar wujudnya aduan daripada peserta yang pernah mengikuti kursusu tersebut. bertitik tolak dari pengharaman itu kerajaan negeri bertindak menggantikan BTN terbabit dengan SPIES.

lalu timbul pelbagai perbalahan oleh pihak yang mempertahankan kursus BTN tersebut termasuklah oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Menteri DiJabatan Perdana menteri datuk Nazri Tan Sri Aziz pula mengeluarkan kenyataan supaya merombak kandungan kursus tersebut supaya bersesuaian dengan elimen 1 Malaysia lalu dibangkang oleh Tun Mahathir yang masih belum puas menjawat jawatan PM sekalipun sudah pencen dimana beliau mempertahankan elimen kandunagn kursus tersebut agar tidak dirombak. Dalam Umo sendiri menunjukkan mereka sudah tidak sehaluan semakin menunjukkan bahawa mereka sudah tidak lagi releven untuk rakyat.

Bagi mengiyakan kenyataan mereka bahawa elimen BTN ini memupuk elimen patriotisme selain menunjukkan bahawa Ketua Umum Keadilan sendiri datu seri anwr Ibrahim bersetuju dengan dasar BTN tersebut ditambah dengan Dato Hasan Ali mencerminkan lagi bahawa mereka sudah ketandusan idea disamping terdesak untuk mempertahankan sokongan terhadap UMNO yang kian ditolak rakyat. Sekiranya rakyat bersetuju dengan BTN ini barang sudah pasti mereka tidak akan mengeluarkan kenyataan bahawa wujudnya elimen racis dalam BTN ini dan kenyataan pihak-pihak yang mahu kandungan kursus ini dirombak membuktikan ada yang tidak kena dengan BTN ini. amat menghairankan mengapa UMNO BN beriya mahu mempertahankan kursus ini?

Keadaan ini seharusnya kembali kepada ajaran Islam bagaimana Islam amat menitik bertakan elimen kontrak sosial dalam aspek kemasyarakatan. Hal ini dibuktikan melalui sahifah Madinah bagaimana nabi membentuk satu perlembagaan yang amat cantik untuk dibuat kajian yang bukan sahaja menguntungkan Orang Islam bahkan juga kaum bukan Islam yang tinggal di Madinah pada ketika yang hidup aman dan bebas sekalipun diperintah oleh seorang Nabi. Ini bertitik tolak atas sikap nabi yang membuktikan keindahan Islam kepada bukan Islam, memahamkan mereka bahawa Islam sama sekali tidak akan memusushi bukan Islam yang berada dibawah tampuk pemerintahan Islam sekiranya mereka berjanji untuk tidak menumpahkan darah dengan orang Islam. lalu jaminan keamanan dan kesejahteraan hidup mereka akan dijamin maka orang Islam tidak ada hak untuk membangkit perkauman terhadap bukan Islam.

Dalam kontek pengamalan Sahifah Madinah di Malaysia ini hanya boleh dilihat di Kelantan bagaimana kepimpinan MB Tok Guru Nik Aziz amat menitik beratkan perpeduan kaum berdasarkan ajaran Rasulullah s.a.w. Amat cantik untuk dilihat bagaimana India Cina Melayu dapat beribadat dalam keadaan tenang hidup makmur tanpa ras iri hati. Kefahaman masyarakat bukan Islam kelantan terhadap islam amat berlainan jika nak dibandingkan dengan negeri lain. Hanya tatkala Pakatan Rakyat muncul kita mampu melihat bagaimana cina DAP yang selama ini kuat menentang Islam sudah mampu membaca al-Quran, India juga boleh baca al--Quran termasuklah berhujah menggunakan ayat al-Quran. amat bagus sekali. Berbeza dengan MCA dan MIC yang selama ini bersekutu dengan Umno belum lagi boleh berhujah dengan al-Quran memandangkan dasar yang dibawa oleh ketiga parti ini bukan membangun bersama Islam sebaliknya perkauman. Maka MCA dan MIC gagal difahamkan oleh UMNO tentang keindahan Islam.

Tok Guru pernah menyatakan bahawa semua manusia berasal dari ADAM dan HAWA menunjukkan bahawa manusia ni semuanya sama harus diberikan hak yang sama secara adil dibela oleh pihak menindas dijamin keselamatan mereka cumanya yang membezakan manusia tersebut ialah taqwa dalam konteks ini bolehkah dikatakan bahawa orang Islam itu semuanya taqwa?Tujuan diwujudkan kelab penyokong PAS juga pernah diulas tok guru dalam satu ucapan beliau dimana beliau tidak menyangka boleh tertubuhnya kelab penyokong PAS oleh bukan ISlam kenapa mereka tidak pilih UMNO. kenyataan ini punya jawapanya dalam ayat diatas.
Ini menunjukkan bahawa masyarakat bukan Islam mula kenal PAS dan slogan PAS for all adalah untuk memahamkan bukan Isla kepada Islam itu sendiri bukan sanagt kepada PAS dan PAS sahaja sehingga sekarang merupakan entiti yang bernaung ibawah siasah demokrasi diMalaysia dengan membawa Dasar Islam untuk menjaga kebajikan semua manusia bukan sahaja Islam, malahan Cina India Siam dan sebagainya dan Agama Islam itu bukan milik orang Melayu sahaja bahkan juga milik semua manusia di atas muka bumi ini, Nabi Muhammad bukan Nabi orang Melayu Islam sahaja malahan milik semua manusia atas muka bumi ini untuk dijadikan suri tauladan untuk diikuti olee seluruh manusia tidal kira Islam India Cina dan sebagainya...

Lalu semua semua fikirkanlah parti mana mengamalkan perkauman dan parti mana mengamalkan hubunga sesama kaum melalui methode digariskan Islam..lakukanlah perubahan ...

Jumaat, 4 Disember 2009

Lagi Tindakan Jais...Tauliah atau Apa?

Saya ingin mengulas berkaitan isu terkini berhubung larangn untuk berdakwah di Selangor, saya kurang pasti permulaan disebalik semua ini dan siapakah manusia atau orang agama pertama yang disekat dari menyampaikan dakwah diselangor. Jais sekarang dilihat seolah menyembunyi sesuatu fakta dengan menggunakan alasan tauliah. Dan selepas isu tauliah muncul pelbagai alasan demi alasan lain yang menidakkan hak seseorang untuk menyampaikan dakwah di Selangor. persoalannya sekarang ialah mengapa tidak dimudahkan sahaja tauliah tersebut sebagai contoh dalam kes Untaz Asri sendiri mengapa ditahan Ustaz Asri sedang alasan yang diberikan Ustaz Asri tidak mempunyai tauliah lalu kenapa tidak diberikan tauliah kepada beliau?

lalu apa pula alasan yang diberikan oleh pihak Jais apabila bertindak menghalang Untaz Akhil Hayy daripada menyampaikan ceramah. di sini timbul persoalan dibenak fikiran saya...dalam akhbar Harian Metro bertarikh 4.11.2009 melalui kenyataan Pengarah Jais bahawa Akhil Hayy tak layak bagi ceramah termasuk mentarbiyah orang lain selain hanya mengharapkan populariti..saya merasa hairan kenyataan apakah yang yang dikeluarkan oleh orang berpendidikan sebegini?

pada saya akhil hayy merupakan seorang yang berkelayakkan untuk memberikan ceramah kerana ia mampu dijadikan role model dalam mendekatkan muda mudi kepada Islam, kerana umum tahu akhil sebelum itu telah jauh bergelumang dengan kenikmatan dunia dan maksiat lalu kembali untuk untuk menyampaikan ayat-ayat Allah, zikrullah dan sememangnya saya akui dalam ceramahnya sememangnya dia akan berkata apa yang benar dan menentang perkara tidak benar dan itu saya bersetuju kerana kita diperintahkan untuk berkata benar sekalipun pahit. persoalan yang timbul ialah apakah perkataan benar yang diucapkan sehingga menyebabkan pimpinan Umno dan ahli2nya terasa sehingga mengundang tindakan sebegini dilakukan? Akhil hayy bagi saya lebih baik daripada ahli agama yang duduk dalam Umno yang diistilahkan oleh Tun mahathir sebagai Busuk sampai ke usus, sehingga sanggup bersama membenarkan segala tindakan pimpinan Umno berbanding akhil hayy.

mengapa menteri Umno yang berpakaian tidak menutup aurat dibenarkan untuk menyampaikan ceramah di sselangor?menapakah ahli Umno yang juga punya masalah rumahtangga dibenarkan memberi cerama di selangor?mengapa pemimpin atau ulama' Pas yang rumahtangganya aman damai sentosa juga tidak diberikan kebenaran untuk memberikan ceramah agama di selangor?dan banyak lagi...

Saya mencabar Pengarah Jais sendiri untuk menyampaikan tazkirah dan membiarkan rakyat menilai apakah beliau layak untuk memberikan cerama atau pun tidak, dan biar rakyat nilai aakah ceramahnya itu lebih baik dari uztas asri atau pun tidak....sungguh ego dia menilai orang lain tanpa melihat kedalam diri sendiri....siapakah dibelakang manusia sebegini?

Rabu, 2 Disember 2009

Forum Sebatan Di Kuis Antara Pro dan Kontra

Semalam menempa satu lagi sejarah kepada pihak kuis khususnya Akedemi Islam dibawah Fakulti Syariah dan Undang-undang apabila berjaya menganjurkan satu forum yang membincangkan berhubung perlaksanaan sebat menurut syariah berpandukan enekmen agama Islam Selangor dan Pahang.

setelah hamp

Selasa, 1 Disember 2009

umno busuk sampai keusus: bekas pemimpin UMNO

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.


Peringatan buat seluruh ahli dan kepimpinan Umno sekarang sedarlah diri sebelum kekuatan undi rakyat merebahkan kalian dan sebelum doa-doa mereka yang dirompak hak mereka dirampas hak mereka, insan-insan yang difitnah demi menghalalkan politik kotor untuk terus berkuasa sekalipun dengan cara kotor, ingat, janji Allah merupakan janji yang pasti, Allah akan zahirkannya bila tiba saatnya nanti sekalipun kalian punya keanggotaan keahlian yang begitu ramai namun tidak bersatu, sekalipun kalian menggunakan segenap tenaga agensi penguatkuasaan kerajaan seperti SPR, SPeRMa, Polis dan sebagainya untuk menyiasat mereka yang tidak bersalah sedangkan jerung atau bapa jerung yang berlegar dalam masyarakat tidak diambil tindakan, mufti dihina, perkauman diapikan, jenayah meningkat, politik ugut-mengugut,rampasan kuasa secara tidak bertamadun, rakyat sedang menunggu hadirnya ketika itu untu membalas segala tindak-tanduk kalian. Nasihat saya bertarunglah sebagai anak jantan...jangan besembunyi disebalik Akta-akta OSA,ISA, and bermacam lagi, ini tindakan seorang pengecut.

ingatlah Firman Allah : Anda merancang Allah membalas perancangan kalian

dan doa mereka yang dizalimi tidak ada hijab disisi Allah....

Rakyat tidak mudah diperbodohkan...