tahniah dan sekalung pujian atas sikap proaktif dan kepekaan setiap kepimpinan Pakatan Rakyat sama ada PAS, DAP, mahupun KeADILan, atas tindakan mereka mengeluarkan kenyataan awal berkaitan isu serangan ke atas gereka yang dinyatakan dalam kebanyakkan akhbara sebanyak 4 buah semuanya di Selangor dan semalam satu lagi kes serangan ke atas gereja dilaporkan. Tindakan mereka sedikit sebanyak mampu menangkis sebarang provokasi sekiranya kepimpinan PR cuba dilibatkan disebalik semua ini. Amat merujakan kebanyakan pimpinan PR bukan sahaja mengeluarkan kenyataan positif mengulas kejadian tersebut namun sanggup pula turun melawat sendiri kawasan gereja yang menjadi serangan terbaru Harakah Daily melaporkan bahawa Dato' Nik Aziz Nik Mat sendiri turun melawat gereja yang diserang tersebut. HARAKAH DAILY EDISI ISNIN 11/01/2009.
Dalam edisi yang sama juga Dewan Pemuda Pas Selangor mengeluarkan kenyataan kepada para penyokong, pendokong dan rakyat terutamanya untuk tidak terlibat dalam sebarang program bersifat provokasi berhubung isu serangan ke atas gereja demi kemaslahatan semua pihak kerana di sana punya permainan licik pihak prokator unyuk melakukan sesuatu perkara yang tidak murni demi mengeruhkan keharmonian kaum yang sekian lama terjalin. Ini semua tindakan provokator licik desperado munafik......kita harus bertindak menyelesaikan isu ini dengan cara paling efisyen dan proaktif serta positif demi keuntungan semua pihak. Kesan seandainya pihak provokasi ini berjaya dalam tindakan mereka amatlah besar.....
Dan sebenarnya golongan provokator ini sudah kehilangan modal demi memulihkan kembali sesuatu tindakan yang mereka telah gagal laksanakan dan demi mendapatkan semula title yang selama ini menjadi jolongan golongan ini namun bertindak atas cara yang salah bisa mengundang lagi kebencian orang ramai kepada mereka, mungkin sekarang provokator ini berseronok namun sampai kapan perjalanannya akan selamat dan bila saatnya tiba pasti dizahirkannya oleh Allah, dan masyarakat Islam harus meyakini bahawa sekalipun liciknya provokator ini namun tanpa izin maha Kuasa pastinya perancangan ini hanya melepaskan batuk di tangga.
Keseluruhan rakyat jangan terpengaruh dengan mainan pihak tertentu yang cuba menjadi juara disebalik isu yang melanda negara dan semestinya penyelesaian bijak harus dilakukan bukan terjebak permainan kotor provokator jahat ini. golongan provokator ini pastiya tidak akan berhenti dari membaling batu sembunyi tangan walaupun mengetahui bahawa tangan itu nanti yang menjawab diakhirat kelak sebagai persaksian cuba mencetuskan pelagaan dikalangan masyarakat. Tidak kira India, Cina mahupun Melayu harus bersatu hati bersama kepimpinan PR dalam menyelesaikan isu ini yang mana corak penyelsaian yang diambil kepimpinan PR berbeza sama sekali dengan piahk satu lagi......
Buat provokator kelicikan anda pasti akan memakan diri, dan pasti akan tumbang dan dikebumikan tanpa nisan bila tiba masanya. walaupun kami tidak dizahirkan siapa kalian namun semuanya akan kembaki pulih dengan kesatuan rakyat di bawah PR. kalau saya boleh yakin pasti masyarakat senegara dengan saya akan yakin. Jihad yang dilancarkan atas dasar memperbesarkan isu kalimah Allah jihad yang salah. sila rujuk kenyataan ustaz Nasruddin Hasan Tantawi Ketua Pemuda PAS Malaysia bagaimana beliau menghuraikan isu ini disebalik kalimah Allah ini sekalipun ada kontranya dan pronya...namun tidka ketara antara keduanya....
Justeru seruan saya jangan menyertai apa jua demonstrasi sama ada berkaitan isu kalimah Allah ataupun jua yang dianjurkan gereja selagi ruang untuk berdialog dan perbincangan itu masih luas dan terbuka. tidak ada apa untungnya, bukan bermakna kita tidak peduli dengan isu penggunaan kalimah Allah oleh The Herald sebaliknya umat Islam Malaysia amat sensitif dengan isu ini kerana telah sebati dengan kehidupan Islam dalam jiwa umat Melayu telah sekian lama. Ini bukan ajaran Rasulullah s.a.w apatah lagi Islam. Namun pada masa sama sekiranya mahu dilakukan juga perhimpunan berkaitan kalimah Allah ini, sila lakukan juga perhimpunan mengutuk mereka yang menghina pelaksanaan hukum Hudud yang Kelantan nak laksanakan, kutuk penghina hukum hudud dan penghina janggut rasulullah, kutuk juga mereka yang mendesak Kartika Sari Shukarno merayu atas hukuman 6 kali sebatan, demo desak kerajaan laksanaan perintah Allah yang termaktub dalam al-Quran secara sepenuhnya di bumi Malaysia, tutup atau kurangkan pusat hiburan serat haramkan orang Islam dari mendekati tempat tersebut, tutup kilang arak.....dan banyak banyak lagi...saya desak kalau nak demo pasal kalimah Allah demo semua perkara berkaitan Islam...kalau berani....!!!
Saya doakan provokator ini hancur dengan Izin Allah....
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
2 tahun yang lalu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan