Jumaat lalu aku berkesempatan mengikuti perhimpunan Membantah Tindakan Kerajaan Mesir yang menghalang konvoi Viva Palestina untuk masuk ke Palestin melalui sempadan Mesir Rafah. Tujuan kemasukkan konvoi Viva Palestina untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat palestin yang hidup dalam kedhaifan kepayahan dicengkam kekejaman tidak berkesudahan yahudi Laknatullah.
Aku hadir agak lewat namun sempat menunai solat Jumaat berjemaah yang sudah memasuki rakaat kedua, Alhamdulillah dimudahkan. Sebelum itu sempat juga aku bertanya kepada seorang anggota Unit Amal Pas Selangor apakah perhimpunan ini mendapat permit dari Polis, japannya apa?"mana main permit2 ni, kita warak, polis pun dah banyak tunggu disana setelah dia dikhabarkan oleh sahabat2 yang lain".
apa yang menariknya dalam perhimpunan ini ialah majoritinya disertai oleh anak muda yang kebanyakkannya adalah Mahasiswa. Sudah terang lagi bersuluh Mahasiswa yang lebih mendominasi perhimpunan ini termasuk golongan belia dan selebihnya ada;ah penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS hatta sekalipun pada hari yang sama turut diadakan Perhimpunan Membantah Penggunaan Kalimah Allah yang dianggap lucu bagi sesetengah pihak.
Namun bagi yang berfikiran waras dan bisa menentukan kebenarannya disebalik isu kalimah Allah itu, mereka sama sekali tidak akan melayan perhimpunan tersebut namun bukan bermakna mereka tidak sensitif atau peduli kepada isu tersebut, tetapi arahan pucuk pimpinan telah keluarkan, maka pengikut akan taat. inilah yang membezakan PAS dan Umno serta Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.
Walaupun jarak dari Tabung Haji ke Kedutaan Mesir hampir 4 km namun tidak sedikitpun mematahkan semangat juang anak muda untuk bersama bersuara terhadap perjuangan saudara mereka di Palestina malahan semangat itu semakin membara. Syukur juga pada hari tersebut Polis hanya bertindak sebagai pengawal keadaan dan lalulintas tidak seperti dalam perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat sebelumnya, sebagai contoh Perhimpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos dulu.
Anggota Mahasiswa datang dari kebanyakkan dari Pusat Pengajian di sekitar Lembah Klang, menyahut seruan akan peri pentingnya menyuarakan hak sahabat mereka di Palestina dan mengutuk sekerasnya tindakan kerajaan Mesir yang dijadikan boneka tunggangan Yahudi dan Amerika demi survival kejam mereka. Berkemungkinan perhimpunan tersebut mampu menggertak kedutaan mesir supaya menjadi pendesak kepada Kerajaan Mesir Pimpinan Hosni Mubarak Jahanam untuk menghentikan pembinaan tembok penghadang disempadan Mesir Rafah, membenarkan konvoi Viva Palestina untuk meneruskan gerakkeraja mereka dan apa yang Mesir seharunya berhenti dari menjadi tali barut Yahudi Amerika.
Aku terkilan dengan kenyataan salah seorang penulis dalam sebuah akhbar tempatan menyatakan bahawa perjuangan rakyat Palestin adalah perjuangan kebangsaan bukan perjuangan mendaulatkan Islam kerana sebahagian penduduk palestina juga bukan beragama Islam iaitulah kristian. Mengapa harus kenyataan sedemikian dikeluarkan oleh seorang yang berilmu namun dangkal dalam menilai sesuatu Isu mahupun sejarah asal bumi Palestina sedang di Palestin itulah terletaknya kiblat pertama umat Islam dan disitu jugalah Nabi Muhammad mengimamkan nabi2 lain dalam peristiwa Isra' dan Mikraj? tidak dinilai disitu sedangkan kebanyakan mujahid Islam serta Ulama Islam lahirnya disana? itu baru beberapa perkara dan banyak lagi yang tak mahu saya tuliskan disini.
kesimpulannya pertimbangan waras yang baik dalam menilai sesuatu Isu menunjukkan kebijaksanaan kita pejuang Islam bukan bertindak melulu demi mencari populariti sebagai hero.
Tahniah Buat Kepimpinan PAS dan PR yang mengeluarkan kenyataan awal tatkala muncul isu tidak buah gereja di Lembah Klang dijadikan sasaran pihak tidak punya akal, bodoh, dan tak bertamadun yang bersembunyi disebalik kejadian tersebut. insyaallah perbuatan ini akan dizahirkan oleh Allah mereka yang menjadi dalam memburukkan suasana berkemungkinan wujud dari perasaan Amarah berhubung penggunaan kalimah Allah.
Mengapakah kalimah Allah sahaja diperjuangkan, sedangkan Allah punya 99 namanya yang lain yang menunjukkan kekuasaan , keagungan dan bisa membezakan antara tuhan-tuhan yang lain?dalam hal ini saya bersetuju dengan pendapat yang dikeluarkan oleh bekas presiden MCA datuk Seri Chua Jui Meng berkaitan penggunaan kalimah Allah serta cabarannya terhadap PM 1 Malaysia untuk bersuara di Persidangan OIC kelak untuk menyatakan pendiriannya bahawa Allah untuk umat Islam sahaja. Kita mahu lihat reaksi anggota OIC nanti, jangan hanya jadi jaguh kampung sahaja.
Kenyataan awal pemimpin PR adalah tindakan terbaik sebelum sesuatu isu yang berlaku sekarang bisa dikaitkan dengan PR, sebagaimana contoh perarakan kepala lembu ke hadapan bangunan SU selangor serta kumpulan yang berdemo sebelum yang menyatakan bahawa mereka ni penyokong PAS yang mendesak PAS keluar dari PR disamping salah seorang tersebut berseluar pendek ketika berhimpun. sehingga sekarang, tidak ada kenyataan susulan dari kumpulan tersebut...dimana mereka...mengapa tidak meneruskan bantahan...diam pulak...!!!
insyaalllah saya berkeyakinan tinggi bahawa dalam pilihan raya akan datang dan dengan sokongan yang semakin hangat PR akan berjaya menawan Puncak Pentadbiran Putrajaya....
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
2 tahun yang lalu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan