Isu penggunaan kalimah Allah semakin merunsingkan.Pelbagai pihak yang selama ini diam dalam perkara yang melibatkan Islam kini keluar berdemo semata naka tunjukkan bahawa Allah itu milik umat Islam. Ada pula yang membandingkan bahawa kalimah Allah itu tidak ada didalam kitab agama lain khususnya kristian dengan kitab suci al-quran sememangnya kita gagal untuk mendapatinya didalam kitab tersebut. justery, saya lebih cenderung untuk berpegang kepada penyelesaian secara baik ilmiah termasuk wacana dan berdialog dengan kaum bukan Islam khususnya kristian dalam hal ini. Hal ini kerana kita sedia maklum golongan kristian berpendapat bahawa perkataan god yang selama ini mereka gunakan adalah dalam bahasa Inggeris dan dalam bahasa Melayunya merujuk kepada Allah. rujuk beberapa pendapat ahli dakwah dibawah....
Pertama : Dr Asri Zainul Abidin (bekas mufti Perlis) sila rujuk artikel beliau bertajuk
"Beza Merebut Nama Allah dan Mempertahankan Akidah".
kedua :Ustaz Zaharudin dalam artikelnya bertajuk
" Larangan Guna Perkataan Allah : ulasan ringkas '
cukup dulu saya kemukakan dua artikel dari dua orang tokoh ugama yang amat besar dan mendalam ilmu agama terutama dalam perihal berkaitan pengkajian mereka dalam aspek ugama Islam. Justeru, adalah diingatkan disini jangan ada dikalangan kita yang cuba menangguk di air keruh dan cuba untuk menjadi hero dalam mempertahankan kalimah Allah ini. walau apapun yang berlaku penyelesaian secara murni dan damai harus dicari demi kemaslahatan semua pihak.
selain itu juga, diharapkan pihakpihak yang cuba berlagak kononya nak mempertahankan kalimah Allah, seharusnya mencerminkan diri sendiri dahulu, apakah selama ini mereka memang mempertahankan Islam?
baik, saya ingin menarik perhatian saudara pembaca blog saya supaya merenung kembali pengkhianatan apakah yang telah dilakukan keatas agama Islam khususnya di Malaysia.
pertama: apabila Kelantan mahu melaksanakan Hudud dan setelah diluluskan pelaksanaannya siapakah atau golongan manakah yang bertindak menghalang daripada dilaksanakan hudud dinegeri tersebut sehingga mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menggunakan apa sahaja jentera yang ada termasuk perlembagaan demi menidakkan pelaksanaan hudud di Kelantan?
kedua: golongan manakan yang pernah suatu ketika dahulu menghina hukum hudud dengan mengeluarkan kenyataan "kalau dilaksanakan hudud nanti maka akan ramailah yang akan makan sup tangan atau kaki"
ketiga: siapa yang meminta supaya kartika sari dewi shukarno untuk merayu hukuman yang telah dijatuhkan keatasnya iaitu sebatan?bukankah ini satu pengkhianatan keatas agama islam dan institusi kehakiman Islam di Malaysia?
keempat; dimanakah golongan-golongan tatkala Lina Joy berusaha dalam prosidingnya untuk murtad dan menukar agamanya dari Islam?dimana mereka ini?
kelima: siapakah yang bertinda meng"gam"para ulama dimalaysa suatu ketika dahulu?
dan banyak lagi perkara yang bersangkutan dengan akidah umat Islam itu sendiri.
dan banyak lagi sekiranya nak dibentangkan di sini. ini suatu yang memalukan. Terang-terang Allah menyebutkan dan memerintahkan kita suapa berpegang teguh dengan al-Quran kerana disitulah petunjuk jelas keatas segala masalah yang timbul. mengapakah sekarang baru nak dibangkitkan segala masalah ini sedangkan sejak kita merdeka tidak ada satu garis panduan yang begitu kukuh dan mantap demi untuk mempertahankan kalimah Allah ini dan memahamkan secara lebih komprehensih kepada bukan Islam bahawa allah itu tuhan umat Islam dan berbeza dengan tuhan kristian yang sememang mempercayaan jesus dan rohul kuddus.
kita juga amat sediah dalam kondisi masyarakat Islam malaysia yang lemah dimana melayu Islam di Malaysia begitu banyak yang terlibat dalam perkara larangan Allah Nah sekarang bagaimana mungkin golongan ini mau mempertahankan Islam yang semakin hari semakin ditentang akibat kelemahan masyarakat Islam itu sendiri.
Akhbar kelmarin menyiarkan kenyataan pemimpin atasan kristian luar negara yang menyatakan bahawa akan kebimbangannya Eropah Bakal DiIslamkan merujuk kepada sudut perkembangan Islam dieropah sekarang yang menunjukkan perkembangan saban tahun dan kadar kelahiran umat Islam yang tinggi disana disamping pegangan umat Kristian yang semakin lemah dalam mempertahankan tuntutan agama Kristian itu sendiri.
akhirnya, bukan amarah harus dolontarkan dalam mendepani isu berkaitan kalimah Allah ini sebaliknya permasalahan sekarang menuntut kebijaksanaan umat Islam di Malaysia untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah, hikmah, ilmiah dan bukan peperangan. selain itu muhasabahlah diri kita apa yang telah kita lakukan demi untuk mempertahankan Kalimah Allah dibumi Malaysia disamping untuk melaksanakan segala tuntutan Allah sebagaimana yang termaktub dalam al-quran dan perintah Rasulullah dalam al-Sunnah. Kerana sabda nabi sekiranya umat Islam itu berpegang dengan dua sumber ini maka mereka tidak akan sesat selamanya.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
2 tahun yang lalu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan