TEGAKKAN KHILAFAH

Jumaat, 8 Januari 2010

Serangan Ke Atas Gereja: Sekadar Pendapat

Semalam, disaat aku membuka blog sekadar untuk tahu sama ada Himpunan di kedutaan Mesir jadi atau tak, aku terbaca satu artikel, menyatakan abahwa 3 buah gereja dibakar. mengejutkan. terfikir dibenak fikiranku mengapa keadaan sebegini berlaku sedangkan ini sememangnya menyimpang dari ajaran Islam apatah titah Islam bahawa tidak dibenarkan membunuh mereka yang berada dalam rumah ibadat. Rasulullah sendiri ketika peritiwa fatah Mekah menyatakan tidak akan dibunuh mereka yang bersembunyi dalam rumah ibadat. ini suatu yang boleh dianggap sebagaio golongan yang tak bertamadun dan sengaja cuba menggugat keharmonian kaum. sekalipun amarah dengan penggunaan kalimah Allah bukan begini caranya kita mahu menunjukkan sikap marah kita. Ya, aku akui, tahap kesabaran umat Islam sememangnya ada batasan namun, mampukah umat Islam malaysia sedangkan anak muda kita dijamah dengan hiburan yang melalaikan sehingga lupa kepada tanggungjawab membela Islam? anak-anak kita sedari kecil dah dilatih menjadi penyanyi, penghibur, tidak dilarang anak-anak sekiranya tidak menutup aurat, pergaulan tanpa batasan, bukankah ini semua merupakan perkara yang termasuk dalam tuntutan Islam....menangis ibu kalau anak tewas dalam audition untuk menjadi penyanyi tapi kalau anak tak dapat hafal al-Quran "its nothing".....

lalu bagaimana pula anak muda Melayu-Islam yang terlibat dalam gejala sosial dan kebejatan akhlak?dan berapa ramai Melayu yang berada di pusat tahanan?lemahnay kita dalam nak melahirkan mujahid dan mujahidah Islam yang faham Islam dan sanggup syahid demi Islam...

Baik, kembali kepada isu yang berlaku, perlakuan begini tak mencerminkan kematangan masyarakat kita dalam menghadapi sesuatu isu. sepatutnya kefahaman tentang Islam terhadap bukan Islam sudah diperkukuhkan sejak 52 tahun yang lalu, dan bukannya sekarang. begitu juga dengan perlembagaan. Isu ini tidak akan timbul andai dari dahulu sudah ada suatu mekanisme kukuh dan padat bahawa Agama Kristian tidak sama sekali dibenarkan menggunakan kalimah Allah. Dari dulu...bukan sekarang. Dan mungkin kalau sedari dulu kristian tahu berdasarkan mekanisme umum yang kukuh bahawa adanya peruntukan larangan penggunaan kalimah Allah hanya untuk umat ISlam barang pasti golongan ini sekarang mula berfikir akan kesan besar kalau melanggar peruntukan tersebut.

Dam sekali lagi adalah tidak bijak bagi kita menggambil langkah terburu-buru sehingga cuba mengeruhkan keadaan dengan melakukan provokasi demi provokasi. saya ingin menarik perhatian supaya merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Asri Zainul Abidin
dalam artikelnya yang bertajuk " Serangan Keatas gereja". Pada saya tidak perlu mana-mana pihak cuba mencetuskan perkara yang negatif yang memberi kesan jangka masa panjang kepada keharmonian kaum di Malaysia. Saya juga tertarik dengan kenyataan seorang yang mengikuti perhimpunan di Masjid Negara kelmarin di mana dia menyatakan sepatutnya kes ini dibincangkan di Mahkamah Syariah, sehingga membuatkan saya tersenyum sendirian...pasti kalian tahukan mengapa saya tersenyum?

di sini saya ingin menarik minat kalian membaca beberapa artikel berhubung isu di atas:

Pertama : Tangkap dan Hukum Pembakar Gereja
Kedua : Bakar Gereja : Di Mana Polis?
Ketiga : Islam Hak dan Tanggungjawab Raja2 Melayu

Kenyataan Media
Harakah Daily :
Pertama :Muslimat Pas Kutuk serangan Gereja
keduan : Lagi pemimpin bantah serangan gereja
Ketiga : Kalimah Allah Persatuan Islam dan Kristian Um setuju Kaedah dialog
Keempat : Pakatan Rakyat Kutuk serangan gereja.

Malaysiakini :

Pertama : Agung titah semua pihak bertenang hormati rumah ibadat
kedua : Imam Masjid Negara Sebak di Atas Mimbar....
Ketiga : Pm arah Keselamatan rumah ibadat
Keempat : Pas : seranagn gereja bercanggah dengan Islam
kelima : ABIM kutuk perbuatan bakar Gereja

Sinar Harian :

Pertama : Haram musnahkan rumah ibadat agama lain: Harussani
Kedua : Serang gereja bukan ajaran Islam
Ketiga : Dua gereja diserang Molokov Coctel dalam tempoh 12 jam


Berita Harian :
Pertama :Jangan Emosi
Kedua : Hormati Islam sebagai agama Rasmi : Seri Paduka

Kesimpulannya jadilah masyarakat yang bukan beremosi dan matang dalam menyelesaikan sesuatu aspek ataupun isu. Kita rakyat Malaysia apakah mahu diruntuhkan benteng kemajmukan kita yang kita bina selama ini yang sememangnya kelainan bagi negara luar yang melihat kita sebagai unik, insyaallah kalau penyelesaian baik yang kita harap harapkan dengan menggunkan mekanisme baik dan platform yang sesuai, Allah akan membuka jalan ke arah penyelesaian sempurna demi kebaikan semua pihak kerana kita semua manusia ciptaan Allah dan diakhirat masing2 akan menerima habuan masing2, dan Allah tidak akan memberatkan walau sebesar zarah sekalipun....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan