Assalamunalaikum salam sejahtera buat sesiapa yang melayari blog saya, tidak ada coretan yang bisa saya titipkan melainkan lebih kepada isi hati dalam melihat setiap apa yang berlaku. apakah negaraku harus berterusan dalam kondisi yang tidak menentu, apakah pembohongan masih menjadi mainan lidah-lidah bercabang, apatah lagi kezaliman dan perompakan hak sesuatu pihak akan terus menjadi kelaziman mereka yang berkepentingan, bertambah lagi dengan sekatan pihak tertentu yang menyekat lidah ulama dari terus berbicara soal agama, soal dakwah seandainya intipati ceramah tersebut mengenai batang hidung sendiri, masihkah hukum Islam terus menjadi mainan bagai bole sepak ditendang kesana kemari?sungguh haru biru negara ku ini.
aku akan tetap berbicara hatta sekalipun kaliamahku tidak akan sampai kesasarannya walaupun tersasar namun demi hakikat ingin melihat suburnya Islam di Malaysia akan ku curahkan bantuanku sekadar termampu, demi melihat bahawa dakwah bisa dilakukan secara terbuka ditempat awam sebagaimana dilakukan Tok Guru Nik Aziz (Aku bukan penyokong tegar PAS) aku akan tetap bersuara atas pandangan peribadiku, dan demi melihat perompakan hak insan tertindas akan dibersihkan sebersihnya aku akan tetap bersama gerakan Islam yang berjuang kearah itu, dan demi melihat cintaku terhadap Allah akan kubersama mereka yang berjuang menegakkan amar makruf nahi mungkar bukan bersembunyi disebalik mereka yang beridentitikan Islam namun hakikat sebaliknya.
seseorang muslim tidak akan digelar muslim seandainya cintanya terhadap dunia lebih mengatasi cintanya terhadap Islam, Nabi dan Allah Rabbul Jalil. cinta dunia hanya bisa mengundang murka Allah. Bahawa Allah tidak akan membiarkan hambanya terus mensyirikkannya dengan terus mengejar indahnya tipuan dunia. Aku bukanlah Insan suci malahan sudah banyak dipalit dengan cecair najis dunia namun aku ingin membersihkannya dengan cara mengorbankan diriku kepada Cinta Allah andai dengan cara itu bisa membersihkan diriku dari najis tadi. Subhanallah...
apakah seseorang masih menggelarkan dirinya Islam sekiranya dia masih tidak mengerti hakikat yang tersebunyi disebalik ajaran Islam. Ambil Islam separuh buang Islam separuh..dalam erti kata lain ambil Islam separuh separuh lagi dibuang sebagai contoh: ambil Islam hanya dalam part of economy sedangkan dalam al-Quran sediri dipenuhi dengan perintah2 Allah yang begitu banyak dan wajib untuk dilaksanakan. Hukum Islam wajib dilaksanakan sepenuhnya tanpa ada pengecualian. sehingga sekarang kita masih melihat bahawa jenayah di malaysia semakin meningkat sehingga negara ini bisa diklasifikasikan sehari satu jenayah. Ingatlah bahawa Allah telah menetapkan cara atau methode dalam mengekang penularan jenayah melalui hukum hudud lalu mengapa tidak diambil? mengapa diketepikan?
namun pada masa sama masih ada yang tanpa segan silu menghina ulama mahupun para pendakwah? tidak kah mereka sedar bahawa ulama itu pewaris nabi dan salah satu tanda kiamat ialah apabila ulama-ulama dimatikan dan kalam Allah diangkat. penghinaan kepada para ulama semakin menjadi tanpa menghiraukan ancaman azab dari Allah. bertambah lah lagi apabila pendakwah sendiri bersekongkol duduk bersama toghut yang secara terangan menolak Islam yang gah dengan projek meganya, yang gah dengan pembinaan masjid mewahnya sedangkan suraupun belum tentu penuh untuk diimarahkan. masakan tidak tazkirah disekat, tidak boleh gunakan masjid untuk tujuan politik, bukankah Islam itu sendiri politik bagi pihak yang merasakan ianya politik sedangkan pembawaan Islam itu sendiri merangkumi segala aspek tanpa meninggalkan walau satu babpun. Toghut yang sentiasa menggunakan kewangan hasil mahsul negara. wang rakyat, cukai-cukai, demi memenuhkan perut ahli keluarga, demi memuaskan hati para kaum kerabat keliling pinggang sehingga rakyat merana merangkak mencari sesuap nasi. ....toghut yang sentiasa akan mengambil tindakan zalim sekiranya tindakan sesuatu pihak tersebut berlawanan dengan pendapatnya, maka akta zalim digunakan sewenangnya.
Islam tidak menghalalkan cara. islam akan terus tertegak dan janji Allah untuk membela golongan yang berjuang untuk berdakwah menegakkan agamanya merupakan janji pasti bukan omongan kosong. Kita barangkali sudah melihat bagaimana Almarhum Mufti selangor terdahulu diambil tindakan kerana tindakan yang berlawanan dengan dasar pemerintah. saya tidak mahu mengulas isu apakah ia saya berkeyakinan umum sudah mengetahui. Isu syurga neraka juga menjadi bahan mainan politik pihak toghut ini. ya memang isu syurga neraka hak Allah tapi ingin saya jelaskan daripada tindakan kita semasa hidup pun sekiranya tidak selari dengan Al-quran dan al-sunnah dan sudah menghina ulama apakah kita akan kesyurga? anak bini hidup bergelumang maksiat adakah akan syurga kita?apakah dengan sumber kewangan negara dibelanjakan untuk meluluskan pusat perjudian kita akan masuk syurga?apakah dengan kehidupan kita merampas hak orang lain akan membawa kita kesyurga/apakah dengan tindakan kita mengambil Islam separuh buang separuh lagi mampu membawa kita syurga? apakah dengan membina tembok jeriji untuk menahan mereka pejuang kebenaran akan bisa membawa kita kesyurga?apakah apabila al-Quran diketepikan dalam hidup kita akan bisa membawa kita kesyurga? dan banyak lagi persoalan berhubung iman dan akidah perlu kita soal kepada hati kita, contoh dalam persoalan akidah apabila mufti mengeluarkan fatwa bahawa meletkakan jambangan bunga ditugu negara adalah haram dan membawa kepada syirik namun kenapa kita tidak patuh?apakah ini akan membawa ke syurga atau neraka?
saya akan sambung kenyataan saya dalam bahagian berikutnya .....
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
2 tahun yang lalu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan