Tahniah atas penganjuran himpunan terus sambutan 1Malaysia di Stadiun Indera Mulia Ipoh Perak semalam Ahad 18.10.2009. Maka gegak gempitalah akhabar perdana mewar-warkan akan kehadiran orang ramai yang terlalu ramai dan banayak sehinggakan dikhabarkan ada kalangan mereka yang tidak dapat masuk ke stadium tersebut.
Berikut laporan beberapa buah akhbar Lidah Rasmi Barisan Nasional-Umno
Berita Hairan
IPOH: Lebih 60,000 penduduk pelbagai latar belakang kaum dan agama serta peringkat umur di negeri ini menyertai pelancaran gagasan 1Malaysia Bersama Rakyat peringkat negeri ini di Stadium Perak, malam tadi.
Sebahagian lagi pengunjung gagal memasuki stadium kerana kesesakan lalu lintas.
Utusan Meloya
Beliau menyatakan demikian di hadapan hampir 50,000 rakyat negeri Perak pada majlis pelancaran Gagasan 1Malaysia di Stadium Perak di sini malam ini.
MAKA :
Ulasan saya sebagai seorang muda yang melihat apa yang berlaku semalam adalah sama sebagai kunjungan Dr. Mahathir semasa kedatangan beliau ke Satdium Utama Kangar beberapa tahun lalu, bas-bas digunakan untuk mengangkut orang ramai kestadium bagi meramaikan stadium dan mereka yang datang pun tidak mengapa mereka perlu datang kestadium tersebut dan semestinya kakitangan awam dinegeri Perak diwajibkan untuk hadir, kalau tidak?
justeru kalau angka tersebut diambil kira, maka sudi apalah kiranya kerajaan Barisan Nasional Umno sekiranya mereka mengambil kira kemenangan mereka di Bagan Pinang dikatakan sebagai sokongan rakyat telah kembali kepada Barisan Nasional dan Umno yang berkeyakinan bahawa mereka akan kembali disokong selepas meminda perlembagaannya untuk memberikan ruang kepada Pakatan Rakyat untuk menggunakan stadium mengadakan himpunan rakyat distadium yang sama sebagaimana kenyataan Perdana Menteri 1Malaysia dan "kita mestilah ADILLLLLL.....kenyataan Pm 1Malaysia semasa perhimpunan Agung Umno beberapa hari yang lalu..
"kita sudi memberikan stadium kepada mereka, mereka boleh melalak sampai pagi"
realisasikan kenyataan tersebut PM 1Malaysia, usah gentar jika kalian sudah mendapat sokongan kembali....bagi saya Umno tidak berubah walaupun pindaan perlembagaan telah dilakukan.
Insyaallah rakyat akan realisasikan perubahan kerajaan baru untuk harapan baru rakyat Malaysia.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
2 tahun yang lalu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan