
Setiap kali selepas solat lima waktu acapkali kita berdoa kepada Allah memohon kepadanya moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki lalu diberikannya petunjuk serta hidayah semoga kita tergolong sebagai hamba yang yang soleh selain dihindarkan kita daripada azab api neraka.
Firman Allah :
berusahalah mencari keredhaan serta rahmat-Ku, seolah kamu akan hidup
selamanya, dalam pada itu beramallah pula dengan segala kebajikan dan ibadat seolah kamu akan mati keesokkannya "
Firman Allah :
walaubagaimana jua kamu berada, hatta jika bersembunyi di dalam bilik yang kukuhpun namun mati akan tetap juga menemui kamu
Firman Allah :
Di hari mereka akan mati, padahal selama ini ia tidak mengerjakan solat bahkan sering pula berdusta serta berpaling maka Allah akan bertanya kepada mereka, "siapakah yang akan dapat menyembuhkan kesakitan itu?" lalu tidaklah mereka mendapat apa-apa selain dari kepayahan pedih yang berbelit serta celaka."
Firman Allah :
"apabila yang meninggal dunia itu orang yang sering mendekatkan dirinya kepada-Ku, maka kematiannya adalah lega, semerbak dan nikmat"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan