TEGAKKAN KHILAFAH

Selasa, 13 Oktober 2009

Perhimpunan Umno

Semalam 13/10/2009 Perhimpunan Agung Umno telah dirasmikan secara rasminya oleh PM Datuk Seri Najib Razak. perhimpunan kali ini lebih kepada aspek membuat pindaan kepada beberapa bahagian perlembagaan Umno. Hatta lalu Pm sendiri menjelaskan salah satu falsafah kepada pindaan perlembagaan Umno tersebut bertuan untuk mengelakkan berlakunya politik wang ketika pemilihan dilakukan sama ada diperingkat bahagian atau juga diperingkat pusat.

Persoalannya :

Adakah Umno sedia mengubah dasarnya dengan menjadikan Islam (al-Quran dan al-Sunnah) sebagai dasar utamanya dalam Parti Umno?

Adakah Umno sanggup mentarbiyah akhlak ahlinya yang tahu bercakap tentang Islam tapi tidak mengamalkan Islam contohnya masih ramai yang tidak mengenakan tudung menutup rambut mereka yang bisa menjadikan bahan bakaran api neraka?

Sekiranya benar Umno mahu mengelakkan berlakunya politik wang, sanggupkah umno menghukum ahlinya yang terlibat dengan rasuah politik wang semasa pemilihan umno dahulu atau melaporkannya kepada SPRM sebagaimana dilakukan kepada pembangkang?

adakah Umno sanggup membuktikan bahawa partinya telah diterima keseluruhan rakyat dengan membubarkan DUN Perak sekiranya inilah bukti Rakyat Di Dahulukan?

Banrkah Umno mahu memberi perhatian kepada seluruh kaum sedangkan selama ini bagaimana Umno dengan mereka?Pimpinan Umno tetap kaya rakyat marhain tetap miskin...

Adakah Umno sanggup memimpin negara dengan menegakkan hukum Hudud dan hukum Islam Islam secara Syumul sebagaimana diperintah Allah.

Firman Allah :

Hendaklah Kamu Berhukum Dikalangan Manusia Dengan Hukuman Yang ADil

Hendaklah Kamu Berhukum Dikalangan Manusia Dengan Hukum Yang Diturunkan Allah

Sesiapa Yang Tidak Berhukum Dengan Apa Diturunkan Allah Maka Dia Adalah Zalim /
Kafir/munafiq

Tiada ulasan:

Catat Ulasan