TEGAKKAN KHILAFAH

Ahad, 11 Oktober 2009

Umno Besar Di Bagan Pinang Namun Hilang Integriti

Pilihan Raya N31 yang berlangsung hari telah menobatkan Datuk Isa Samad sebagai wakil rakyat baru N 31 Dun Bagan Pinang dengan undian lebih 8000 undi mengalahkan calon Pas Zulkefly Mohamad bin Omar dengan majoriti 5000 undi lebih. Nampaknya perancangan dan taktik Umno memilih dan meletakkan bekas menteri wilayah dan bekas menteri besar Negeri Sembilan amatlah berbaloi. Justeru, dalam konteks demokratik Malaysia Pas perlu menerima hakikat bahawa tidak semua perjuangan untuk mengembalikan Malaysia yang bersih makmur dan adil masih belum difahami rakyat khususnya bagan Pinang.

Dengan kekalahan, Pas juga Pakatan Rakyat harus bermuhasabah diri kembali mencari dimanakah silapnya sehinggakan pilihan raya kali seolah menggambarkan ianya satu penolakkan rakyat. Sehingga catatan ini ditulis masih belum ada reaksi mahupun huraian daripada bloggers pakatan rakyat.

Namun, Islam mengajar umatnya untuk tidak mudah berputus asa dalam menegakkan kebenaran. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w sendiripun dalam menjalankan dakwahnya menyampaikan perkara yang benar, wahyu Allah namun berapa lama masa yang diambil sehingga pelbagai cabaran dugaan peluh dan darah bukan kepalang lagi untuk dinilai hatta najis sekalipun sudah dibaling kepada nabi oleh masyarakat arab jahilliyyah. Namun apa kata Nabi" mereka belum meneri hidayah". Sesungguhnya kekalahan dalam PRK Bagan Pinanag kali perlu dijadikan menifestasi buat PR untuk tersus mengorak langkah memaju pemikiran rakyat Malaysia dalam menyatakan kebenaran menghapuskan rasuah penyalahgunaan kuasa dan perompakan wang rakyat untuk difaraidkan kepada ahli keluarga sendiri. Justeru usahlah diratapi kekalahan ini.

Buat penyokong PR kembalilah bermuhasabah diri adakah cukup tenaga yang kita curahkan untuk membantu kepimpinan bahkan calon yang dipilih dalam sesebuah pilihan raya ataukah kita lebih seronok untuk melalak sana sini kononnya PR sudah seluruhnya diterima rakyat. Kembali merujuk kepada sejarah Uhud , apa yang telah berlaku kepada pejuang Islam sehinggakan menyebabkan Rasulullah s.a.w cedera.

Maka, sekalipun Isa Samad menang dan sememangnya sudah dapat dijangka sedari awal namun ini meyakinkan UMNO BN bahawa dakyah mereka diterima rakyat lalu rakyat seolah diperbodohkan. UMNO mungkin mendabik dada menyatakan bahawa rakyat masih menerima mereka sekalipun memang apa isu yang dibangkitkan pembangkang ada benarnya namun rakyat takkan mudah percaya. kemenangan Isa Samad adalah buktinya. betapa integriti yang diperjuangkan Najib merupakan integriti untuk mengekalkan rasuah dan kezaliman. Biarpun Isa menang bergaya namun integriti hilang dek kebatilan.

Maka, strategi BN akan datang sudah dijangkan demi menutup kebobrokan mereka adalah dengan menggula-gulakan rakyat dan dengan itu rakyat akan kembali menyokong mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan