Saya tidak nampak suatu yang baru sejak saya mengikuti Perhimpunan Agung Khas Umno (PAU) kali ini. cukup sekadar diteliti dari ucapan Presiden Umno sendiri Datuk Seri Najib Razak cukup membuatkan saya untuk tidak perlu berfikir panjang untuk menyatakan Umno masih ditakuk lama dan tidak berubah. sebaliknya perubahan yang diwar-warkan sebagaimana kata Nik Aziz MB Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas hanyalah perubahan bersifat kosmetik dan Islamnya bersifat Plastik.
Dalam Ucapannya Presiden Umno menyatakan bahawa tujuan pindaan ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya politik wang dan Najib sekali lagi mengulanginya semasa memberikan ucapan sulung di Perhimpunan Agung Umno yang bermula secara rasminya hari ini menyeru supaya perwakilan dan juga ahli Umno supaya meninggalkan politik wang dan ingin menjadikan Umno sebagai parti yang bersih. seruan saya, beranikah Umno untuk mengambil tindakan keras kepada mereka yang bertanding dalam pemilihan Agung lepas ataupun sebelum-sebelumnya yang dikatakan terlibat dengan rasuah atau politik wang, atau apa jua krisis peribadi untuk menjadikan Umno bersih? tindakan ini juag tertakluk kepada pemimpin Umno juga tidak kira apa jua jawatannya, Adakah Umno berani bertindak sedimilian? jika ini tidak mampu dilaksanakan maka Umno masih kotor dengan perasuah-perasuah yang dalam Islam rasuah juga merupakan satu najis.
Dalam ucapannya juga Tuan Presiden menyatakan bahawa tidak ada parti lain berani melakukan sebagaimana beraninya Umno menggubal perlembagaan Partinya. Setahu saya PKR sendiri telah melakukannya sebe;um Umno melakukannya malahan dalam konteks meramaikan ahli sekalipun ianya telah lama dimulakan oleh Pakatan Rakyat dengan mengadakan pendaftaran terbuka, dalam hal ini Pas sendirikan telah memulakan kempen pendaftaran ahli-ahli baru yang ingin menyertai Pas melalui kempennya "Jom Sertai Pas". lalu bagaimana mungkin Presiden Umno boleh berkata sedemikian.
Persoalan yang ingin saya lontarkan juga apakah kepimpinan Umno sendiri sedia untuk dikritik maksud saya sebagaimana yang berlaku dalam PR, setiap ahlinya berhak untuk mengeluarkan input, atau juga kritikan untuk memastikan sesuatu pentadbiran tersebut berjalan lancar, hatta exco sekalipun berhak mengkritik speaker untuk penambahkan selcate, malahan ini tidak menjadi masalah dikalangan pembangkang. Lalu Bagaimana dalam Umno, sediakah kalian berubah, ataukah setiap apa yang keluar daripada pemimpin itu merupakan kata pemutus dan ahli berhak untuk menyokong...
Umno juga yang mewar-warkan mereka merupakan Parti yang memperjuangkan Islam walaupun tidak menggunakan nama Islam. Benarkah ini? Umno masih sekular sekiranya Umno mahu menyatakan bahawa dia parti yang memperjuangkan Islam, beranikah Umno menjadikan Islam sebagai dasar Partinya secara keseluruhan sebagaimana Firman Allah : Masuklah kamu dalam Islam secara seluruhnya, yang bermaksud Islam itu harus dijadikan dasar atau juga platform dalam melakukan apa jua urusannya, tidak boleh ambil separuh tinggal separuh, disamping itu hal berkaitan kewajipan juga masih lagi menjadi pengabaian kalangan ahli dan pemimpin Umno. perkara kecil pada kita tapi besar pada syarak iaitulah tuntutan bertudung. inikah Islam yang umno kata umno perjuangkan sedangkan tuntutan bertudungmasih menjadi penabaian, sekalipun ada yang bertudung tapi tudung menampakkan rambut, apakah rambut itu bukan aurat? Beranikah Umno untuk melaksanakan hukum Islam termasuk Hudud secara keseluruhannya dan menjadikan ISlam dasar utama pemerintahan Negara?kalau inilah sikap Umno, terbukti Umno bukan pejuang Islam. Justeru apabila bertembung Islam dan sekular atau antara mereka yang memperjuangkan untuk menegakkan Islam secara seluruhnya di Malaysia dengan Islam plastik, maka wajib ambil Islam secara seluruhnya.
Sikap presiden juga dalam ucapannya memburuk-buruk Umno termasuklah DSAI sendiri sekalipun tidak dinyatakan secara rasmi membuktikan bahawa DSAI masih menjadi duri dalam daging Umno untuk terus berkuasa, dan bisa menjana perubahan sekiranya rakyat telah dapat difahamkan secara menyeluruh apa diperjuangkan PR berbanding Umno.
Justeru, seharunya Umno ingat bahawa pindaan ini tidak membawa apa jua erti kerana rakyat dibawah bisa menjadi hakim sebagaimana Umno melalui perancangannya telah mengharu birukan politik negeri perak, menghina sidang DUN dan mengurung Speaker Sah V.Sivakumar. Malahan ini juga tidak mampu menarik golongan yang faham Agama atau dasar dalam dirinya sekiranya menyertai politik ialah untuk menegakkan Islam secara syumul dan ini tidak ada pada Umno. Rakyat di bawah sentisa melihat dan tidak terbukti apa yang berlaku hari ini sebagai menunjukkan bahawa keterdesakan Umno kerana tidak mahu jadi sebagaiama yang berlaku kepada parti pemerintah di luar negara.
a-Golkar tumbang di Indonesia
b-Parti Pemerintah Thailand digulingkan oleh tentera setelah Thaksin yang terlibat dengan
rasuah tidak mahu meletak jawatan.
c-Parti pemerintah Jepun yang telah memerintah selama 54 Tahun 2 tahun lebih sikit dari
Umno tumbang ditangan rakyat dalam pilin raya negara itu yang lalu
d-Parti pemerintah greece tumbang juga ditangan Rakyat
e-?
Sekiranya rakyat mahukan perubahan walau apapun idea diambil pemerintah sekarang kemaraan rakyat tidak dapat disekat lagi...
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
2 tahun yang lalu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan