
Selamat menyambut Deepavali kepada seluruh penganut agama Hindu di seluruh Malaysia Bersyukur kerana sekalipun dalam kondisi ketidaktentuan politik di negara ini dengan laungan oleh pihak yang mengagungkan ketuanan bangsanya lebih dari mementingkan keharmonian kaum sambutan Deepavali masih lagi disambut dengan meriah. Sesungguhnya dalam Islam sendiri mementingkan keharmonian kaum dan Islam menjamin kebebasan penganut agama lain khususnya Hindu dalam mengamalkan agama mereka secara bebas tanpa mengganngu atau menghina simbol agama lain sebagaimana yang berlaku di Selangor yang dilakukan oleh pihak TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN BERTAMDUN sebelum ini. Tindakan tersebut amatlah memalukan apatah lagi dilakukan oleh mereka yang beragama Islam namun tidak faham toleransi dalam Islam.
Justeru, Islam tidak pernah mengajar umatnya menghina agama lain apatah lagi mencerca simbol bagi agama lain, sesungguhnya Islam itu sendiri bermaksud selamat, aman, dan ini telah dibuktikan oleh nabi Muhammad sendiri semasa pembinaan Negara Islam Pertama Madinah bahawa Islam dan non-Islam bebas hidup dengan aman, adil dan saksama dibawah pemerintahan Islam, malahan keharmonian hidup amat dititikberatkan dalam hubungan sesama manusia. hal ini juga dijelaskan sendiri dalam perlembagaan Islam pertama dunia iaitu sahifah Madinah.
Akhirnya, sekali lagi diucapkan selamat menyambut Deepavali kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia semoga kehadiran Deepavali kali menjanjikan seribu makna buat kalian dan meningkatkan semangat kalian untuk terus berjuang dalam menuntut kembali hak kalian sebagai rakyat Malaysia, kerana selagi Islam itu agama toleransi maka permasalahan anda juga permasalahan kami, kesedihan anda juga kesedihan kami, Islam itu Adil dan ia menjamin keADILan untuk ditegakkan kepada semua kaum di Malaysia malahan di Dunia sekalipun tidak kira Melayu, Cina, India dan sebagainya. Kita di Malaysia amatlah bertuah kerana dapat merayakannya bersama namun pada masa sama dalam kita meraikan kegembiraan ini janganlah kita lupa kepada mereka yang dalam kesusahan, miskin dan sebagainya agar mereka tidak merasa terpinggir dalam meraikan hari gembira ini. Mereka juga sebahagian daripada kita warga Malaysia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan