TEGAKKAN KHILAFAH

Selasa, 20 Oktober 2009

Jahilyyah Melayu Islam


Sejak kebelakangan ini kes pembuangan anak semakin meningkat malahan menjadi. tulisan ini lebih bertumpu kepada kaum Melayu sama ada ianya Islam atau tidak asalkan ianya Melayu. Sekali lagi ingin saya terangkan dan perjelaskan bahawasanya tidak pernah tercatat dalam sejarah penurunan wahyu hatta dalam al-Quran sekalipun menyatakan Melayu itu Islam. Cukuplah mentaliti kita mengaitkan Melayu itu dengan Islam.

Melayu merupakan suatu bangsa berlainan dengan Islam ianya merupakan satu agama Mulia dan tertinggi tidak ada agama lain setinggi dan semuli Islam. Catatatn kali ini lebih menumpukan kepada kes anak luar nikah atau ada bagi sesetengah pihak mengklasifikasikan anak tersebut sebagai anak haram.

apa yang mengecewakan ialah kebanyakkan berlaku kepada anak Melayu Islam sendiri. sikap mengikut hawa nafsu keseronokan dunia bersifat sementara antara faktor pencetus kepada peningkatan gejala ini. kefahaman agama yang amat cetek sehingga menyebabkan golongan ini tidak tahu dalam membezakan antara buruk baik sesuatu tindakan tersebut. seringkali juga apabila berlakunya gejala seperti ini akan muncullah stigma menyalah ibubapa. ada betulnya juga kerana ibu bapanya yang perlu mencorakkan anak tersebut mengikut warna yang bersesuaian dengan kehidupan anak tersebut kelak. Putih coraknya maka akan sempurnalah kehidupan anak tersebut bila dewasa kelak kalau hitam coraknya maka buruklah kehidupan masa hadapan anak itu nanti.

atas dasar inilah Islam meletakkan satu garis panduan yang kukuh dan batu atas yang betul cara bagaimana untuk mendidik seseorang anak tersebut dan dalam hal ini sebegini Allah mewasiatkan kepada cara mendidik anak iaitulah berdasarkan surah al-Luqman yang didalam nya terkandung begitu banyak nasihat berguna

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Surah Luqman; ayat 12

Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

Hai anakku; orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukan oleh mu, maka marahnya ibubapa terhadap mu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

Hai anakku; Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

Hai anakku; Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

Hai anakku; seseorang pendusta akan lekas/cepat hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar.. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian/nasihat kepada orang yang tidak mahu mengerti atau mendengar nasihat.

Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

Hai anakku; Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang merbahaya.

Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

Hai anakku; janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan apa sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan apa saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

Hi anakku; Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

Hai anakku; selalulah baik tuturkata dan halus budi-bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang yang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

Hai anakku; Jadikanlah dan jagalah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan celaan pada dirimu.

Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

Hai anakku; usahakanlah dan jagalah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

Hai anakku; Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata-kata yang mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dari berkata-kata kotor tentu akan menyesal.

Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur yang selalu disirami air hujan.

Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Justeru kebanjiran anak luar nikah Melayu Islam yang semakin menjadi ini adalah berbalik kepada bagaimana anak itu ditarbiyah di rumah. sikap yang begitu seronok dalam melakukan maksiat (couple) tanpa batasan menmbah parahkan kejadian seumpama ini. Sebagaimana dilaporkan oleh Harian Metro sebelum ini akan kenyataan beberapa remaja yang menghuni KEWAJA suatu pusat pemulihan yang ada kalangan mereka menyatakan bermula dengan keseronokan melakukan zina tersebut kemudian bertikar menjadi ketagihan, dan perbuatan terkutuk dilakukan sehingga kerumah sewa teman lelakinya dan apabila telah mengandung lalu bertindak pula untuk menggugurkan kandungan tersebut termasuk memakan buah nenas. Sdah lah melakukan maksiat sanggup pula membunuh anak tidak berdosa!!manakala seorang lagi pula menyatakan bahawa dia tidak bercinta dengan mana lelaki, namun hanya berkawan dengan dua orang lelaki semasa praktikal dan akibat jauh dari keluarga dan terasa sunyi sehingga menjadikan dua lelaki tersebut kawannya sehingga sanggup kemana sahaja termasuk ke disko, dan apabila mabuk dia telah ditiduri oleh dua lelaki tersebut.

firman Allah s.w.t. dalam surah al-Kahfi ayat 46. Terjemahan : Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia. Mereka merupakan perhiasan hidup di dunia, permata hati dan penyejuk mata seperti firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Furqan ayat 74, Terjemahan : Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri dan anak-anak yang menyenangkan hati kami.

Malahan dalam kes terbaru seorang anak ditinggal di wakaf sebuah masjid bersama nota menyatakan bahawa siibu terpaksa bertindak demikian kerana dia teraniya dan menjadi mangsa keadaan.

Ingatlah bahawa beza antara Manusia dan Haiwan ialah Akal. Allah meletakkan akal manusia ditempat yang begitu tigggi iaiti diatas kepala kita, sedangkan haiwan tidak punya akal, namun masih tahu menyayangi anaknya. Anda boleh bezakan antara manusia dan haiwan siapa paling bodoh dalam hal menyayangi anak!!!Maka sesungguhnya manusia sudah kembali kepada zaman Jahiliah zaman yang mana kegelapan memnuhi ruang kotak kehidupan manusia namun kejadian pembuangan dan pengguguran anak pada zaman moden ini menunjukkan lagi betapa manusia sekarang lebih teruk daripada zaman jahiliyyah terdahulu.

firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Dan apabila seseorang daripada mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah. Dia menyembunyikan dirinya daripada orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu."

kESIMPULANNYA

segala yang berlaku menuntut setiap umatnya (Islam) agar memperjuangkan supaya Hukum Islam ditegakkan secara menyeluruh dibumi Malaysia malahan juga diseluruh dunia. Hanya Islam sahaja yang mampu untuk menyelesaikan segala kemelut kepincangan akhlak manusia seperti yang diperjuangkan nabi Muhammad s.aw dalam membentuk akhlak manusia jahilyyah sehingga terpaksa menempuh segala onak duri darah dan harta sehingga terpancarnya nur Islam di jazirah arab malahan keserata Dunia Islam ketika itu.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu berusaha untuk mengubah diri mereka sendiri.

Selain itu pendidikan anak2 juga bermula dari rumah dengan mengukuhkan pemahaman dan penghayatan ahli isi rumah kepada pemahan Islam yang syumul berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Tahrim, ayat 6.
Terjemahan :
Hai orang-orang yang beriman, lindungilah diri dan
keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri
daripada manusia dan batu.

Ingatlah bahawa anak itu walaubagaimana jua taraf atau persepsi yang diberikan oleh masyarakat anak itu tidak berdosa. anak itu ibarat kain putih. yang berdosa yang menyebabkan nak itu dilabelkan sebagai anak tidak sah taraf ialah ibunya sendiri dan bapa yang menyebabkan anak itu dilahirkan.

Firman Allah:

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina (belum kahwin) hendaklah disebat dengan 100 sebatan

Firman Allah

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina (belum kahwin) hendaklah direjam dengan batu

dan kedua2 hukuman tersebut perlu dipersaksikan oleh sekalian kaum muslimin.

Lalu bertaubatlah sekalian wanita dan lelaki yang telah berzina dan membunuh anak yang tdak berdosa. Ingat didunia anda membunuh mereka, membuang mereka, menggugurkan mereka diakhirat mereka akan mempersaksikan dosa kita dihadapan Allah Ta'ala. dua hukuman di atas baru bersifat hukuman didunia lalu bagaimana diakhirat? lalu bagaimana mereka yang acapkali berzina mengandung gugur atau buang anak lalu ulangi lagi perkara sama ingat, dikahirat segala tindakan kita didunia akan ditayangkan oleh Allah diakhirat.

Persoalannya:

Dengan Akhlak kita yang seperti ini bisakah kita mengaku kita umat Islam
dengan akhlak kita seperti ini bisakan kita mengaku kita umat Muhammad
dengan akhlak kita seperti ini masihkan kita mengharapkan Nabi Muhammad akan mensyafaatkan kita diakhirat kelak?tidak malukah kita meminta muhammad syafaatkan kita?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan