TEGAKKAN KHILAFAH

Selasa, 13 Oktober 2009

Tabung Bantuan Padang Sudah Lebih 1 juta

sejak berlakunya bencana besar yang melanda daerah di Sumatera Indonesia yang mengorbankan lebih 7 ratus nyawa, 6 ratus yang dianggarkan cedera dan selebihnya kerosakan meruntuhkan segala prasarana dengan bangunan perniagaan termasuk hotel hancur teruk. kebanyakkan pekerja gagal menyelamatkan diri untuk keluar daripada bagunan lalu menjadi korban runtuhan bangunan yang runtuh menyambah bumi. Sungguh Agung Azab dan bagi kita di Malaysia ini suatu petunjuk bahawa Allah berhak mendatangkan kuasanya kepada siapa sahaja yang dia kehendaki, mungkin kah suatu hari Malaysia yang sekangkang kera ini bakal menerima petunjuk sama daripada Allah sebagaimana dialami saudara kita(apakah mereka juga menganggap yang sama dengan kita sehingga mahu menganyang Malaysia) di Padang.

sebagaimana biasa rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat kasihan belas tidak boleh melihat saudara serumpun hidup susah apatah lagi gempa bumi diseberang. Maka tabung2 diwujudkan sebagaimana tanda sokongan rakyat Malaysia yang (Penyanyang) untuk membantu saudara seASEAN yang dilanda masalah. Maka wujudlah tabung seperti NSTP+MEDIA PRIMA+ MAYBANK, RTM+ ISLAMIC RELEAF. perkhabaran berita semalam melaporkan bahawa nilai wang terkumpul untuk bantuan ini sudah mencapai lebih 1 juta lebih...Subhanallah

lalu timbul dibenak fikiranku, mengapa tabung yang sedemikian tidak tidak diwujudkan untuk membantu rakyat Malaysia yang dalam kesusahan. kita sedia maklum masih ramai rakyat Malaysia yang perlu dana sebanyak tersebut, dengan yang jantung berlubangnya lah, dalam akhbar berita harian semalam seorang kanak2 memerlukan kos RM 75 ribu untuk pembedahannya, mereka yang masih ditahap kemiskinan tegar masih ramai sebagaimana dipaparkan rancangan Bersamamu, dan ramai lagi yang mana kebanyakkan daripada mereka amat memerlukan kepada dana kewangan yang besar, sehingga terpaksa masuk TV demi merayu agar dihulurkan bantuan.

apakah cukup dengan zakat yang dihulurkan untuk menampung sesuatu kos pembedahan kanak2 yang datang dari keluarga susah yang mana kos kewangan mereka untuk pembedahan tersebut mencecah 80 ke 100 ribu lebih (RM)......jsuteru, diharapkan sangat semoga tabung sedemian bisa diwujudkan untuk membantu saudara kita dibumi sendiri kerana dalam konteks dimalaysia kalau dapat diamat sebetulnya Yang Kaya Bertambah Kaya Dan yang Miskin Bertambah Miskin.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan