Dalam hal ini al-Syahid Imam Hasan al-Banna menyeru kepada seluruh pendokong Islam dan umat Islam secara seluruhnya supaya memahami bahawa kebanyakkan dari kalangan manusia membanggakan keturunannya secara keterlaluan dan berlebihan yang mana ianya menyangka bahawa ianya merupakan suatu kejayaan yang telah dikecapi hasil daripada nenek moyangnya yang terdahulu.
Justeru apa yang dimaksudkan disini oleh al-Syahid Imam Hasan al-Banna ialah Imam Hasan al-Banna menyatakan bahawa sikap bangsa yang diamksudkan di atas tadi ialah agar anak cucu mereka juga dianggap sebagai keturunan yang berjaya, mulia serta terhormat. Dan sebenarnya tidak ada maksud lain melainkan maksud tersebut.
oleh itu, Imam Hasan al-Banna menyatakan lagi secara tegas kepada mereka yang lebih mengagungkan bangsanya apakah golongan tersebut tidak merasakan didalam menghubungkan diri kepada Allah sudah pasti ianya lebih terhormat dan lebih mulia dari menbanggakan dan mengagungkan keturunan dan bangsanya secara menerus.
Firman Allah :
Sesungguhnya keseluruhan kekuatan itu adalah milik Allah.
Pertalian kita dengan Allah akan mengangkat darjat kita pada suatu darjat dan kemuliaan yang lebih tinggi,dan sekaligus akan membangkitkan semangat kerja dan perjuangan yang luar biasa. Justeru kemuliaan dan keluhuran apakah yang dapat menghantar kita ke suatu peringkat yang lebih tinggi dan paling agung menlainkan dengan menghubungkan diri secara terus kepada Allah dan ini lah martabat Rubbani.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan